Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kad kredit Maybank ini beri ganjaran berganda untuk membeli-belah di Shopee

Jika anda selalu membeli-belah di laman e-dagang Shopee, maka kad kredit yang baru Maybank lancarkan ini harus anda miliki. Maybank kini bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan sebuah kad kredit Visa yang dikenali sebagai, Kad Kredit Maybank Shopee.

Rakyat Malaysia dilihat lebih banyak membeli-belah dalam talian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Dengan menggunakan kad kredit ini, pengguna boleh menerima lebih banyak manfaat sewaktu membeli-belah di Shopee.

Kaki shopping di Shopee pasti mengetahui bahawa Shopee memberikan pulangan wang tunai dalam bentuk Shopee Coins. Coins ini boleh dibelanjakan semula untuk pembelian akan datang, dengan kadar 1 Shopee Coins bersamaan dengan 1 sen. Tetapi dengan kad ini, pengguna boleh menerima sehingga 5x Shopee Coins.

Kadar pemberian Shopee Coins apabila berbelanja dengan kad Maybank Shopee ini adalah seperti berikut:

Setiap 28hb dan kempen terpilih (9.9, 11.11, 12.12, Raya, CNY)

  • 5x Shopee Coins – Pembayaran di Shopee
  • 4x Shopee Coins – Pembayaran makanan, hiburan dan pembayaran tanpa sentuh
  • 1x Shopee Coins – Pembayaran dan transaksi lain

Hari-hari lain

  • 2x Shopee Coins – Pembayaran di Shopee
  • 2x Shopee Coins – Pembayaran makanan, hiburan dan pembayaran tanpa sentuh
  • 1x Shopee Coins – Pembayaran dan transaksi lain

Permohonan kad kredit Maybank Shopee ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia antara 21 dan 65 tahun, serta berpendapatan RM36,000 setahun. Yuran tahunan kad ini dikecualikan untuk seumur hidup. Pemohon yang berjaya, akan menerima ganjaran berbentuk 5,000 Shopee Coins jika berbelanja sebanyak RM300 dalam tempoh 60 hari.

Tetapi istimewa untuk mereka yang mendaftar pada atau sebelum 7 Julai, akan menerima baucer Shopee bernilai RM500. Dengan syarat, berbelanja sebanyak RM300 dalam masa 45 hari. Tertakluk pada terma dan syarat.

BACA  Mi Band 5 versi global dilancar tanpa NFC, pengesan SpO2 dan pembantu suara maya

Shopee mengadakan Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Shopee pada 7 Julai ini. Pelbagai tawaran menarik disediakan, antaranya 50% Coins Cashback, mengutip Shopee Coins menerusi pelbagai permainan seperti Shopee Claw, Shopee Candy, Shopee Garden, Shopee Poly dan Shopee Dance, jualan kilat Shocking Sale RM0.77 serta penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum direndahkan ke RM10.

Jika anda berminat untuk memohon kad ini, anda boleh melayari laman web kad kredit Maybank Shopee. Mengenai jualan pertengahan tahun 7.7 Shopee, maklumat lanjut mengenainya boleh dirujuk di sini.