• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco mahu perkenal telefon pintar baru, dijangka paling murah

  • OLEH Najib
  • 1:55 pm
  • 03/07/2020
  • Komen
Poco mahu perkenal telefon pintar baru, dijangka paling murah
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat gaming di telefon pintar, nama Poco pasti biasa kedengaran. Telefon pintar pertama mereka, Pocophone F1 sangat popular sehingga tular gelaran #BaikBeliPoco di Malaysia.

Tahun ini, mereka telah memperkenalkan dua model telefon pintar, Poco X2 berkuasa kelas pertengahan dan Poco F2 Pro berkuasa tinggi. Tidak lama lagi, mereka merancang untuk melancarkan model ketiga, dipanggil Poco M2 Pro di India pada 7 Julai 2020.



For all those who were on the edge of their seat. It's time to #FeelTheSurge with the #POCOM2Pro.

Arriving on July 7th @ 12 PM. RT if you want to know more: https://t.co/9qDfHgozXT pic.twitter.com/8omQqEHS0r

— POCO India (@IndiaPOCO) July 1, 2020

Poco India telah memuat naik promosi telefon pintar baru mereka, Poco M2 Pro dengan slogan “Feel The Surge“. Bersamanya, terdapat gambar telefon pintar dengan nombor 33W padanya. Slogan ini pastinya merujuk kepada kemampuan telefon ini mengecas pantas dengan kuasa 33W.

Selain itu, laman mikro Poco M2 Pro juga telah dibina di platform e-dagang flipkart. Poco nampaknya bekerjasama dengan Flipkart untuk melancarkan telefon pintar baru mereka ini.



Dari gambar petunjuk yang dikongsikan, Poco M2 Pro memiliki empat kamera di belakang, bersama LED Flash di bawahnya. Malah, sisi kanan telefon ini juga dilihat ada butang kuasa yang tenggelam, biasanya digunakan sebagai pengimbas capjari di sisi. Kelihatan terdapat juga kamera hadapan terletak di tengah skrin, di bahagian atas.

Semua ciri-ciri yang disebutkan tadi adalah sama dengan telefon pintar Redmi Note 9 Pro Max di India, atau dikenali sebagai Redmi Note 9 Pro di Malaysia. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan lagi kerana Poco F2 Pro adalah klon kepada Redmi K30 Pro. Berbeza dengan Pocophone F1 yang direka sendiri oleh pasukan Poco.

Jika benar sama, maka Poco M2 Pro memiliki kuasa dari cip Snapdragon 720G dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Skrinnya dari jenis LCD seluas 6.67-inci HD Penuh dengan refresh rate 60Hz.

Kamera belakangnya gabungan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 5MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Kamera 32MP digunakan sebagai kamera hadapan di atas skrin.

Baterinya berkapasiti 5,020mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Jek audio 3.5mm serta pemancar infra merah adalah standard pada telefon pintar Xiaomi, jadi ia mungkin juga ada di telefon Poco nanti.

Kalau diteruskan begini bermakna Poco tidak lagi mencipta telefon baru, sebaliknya hanya menjenamakan semula telefon Xiaomi. Persoalan seterusnya, adakah Poco M2 Pro berharga lebih rendah dari Redmi Note 9 Pro? Kita tunggu pengumuman rasmi dari Poco India kelak.

Sumber: Poco India

Tags: PocoPoco M2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Poco mahu perkenal telefon pintar baru, dijangka paling murah

Poco mahu perkenal telefon pintar baru, dijangka paling murah

3 July 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER