• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung terdedah rupa sebenar Galaxy Note 20 berwarna gangsa

  • OLEH Najib
  • 11:09 am
  • 06/07/2020
  • Komen
Samsung terdedah rupa sebenar Galaxy Note 20 berwarna gangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti kalendar tahun-tahun sebelumnya, Samsung dijangka akan melancarkan model terbaru siri Galaxy Note pada pertengahan kedua tahun ini. Walaupun belum dinyatakan secara rasmi, model terbaru tersebut akan diberi nama Galaxy Note 20, menuruti langkah Galaxy S20.

Telah banyak maklumat terbocor dan digembar-gemburkan sebagai Galaxy Note 20 telah dikongsikan di internet. Tetapi jika ia datang dari Samsung sendiri, pastinya lebih meyakinkan.



Baru-baru ini, terdapat gambar yang dikatakan rupa sebenar Galaxy Note 20 telah tersebar di internet. Menariknya, gambar ini diambil dari laman web Samsung sendiri, walaupun ia tidak dikongsikan secara terus.

Ia ditemui di laman web Galaxy Note 8 Samsung Rusia dan Samsung Ukraine. Gambar tersebut telah pun dipadam tetapi ia boleh dilihat menerusi Google Cache. Menurut Max Weinbach, ini adalah Galaxy Note 20 Ultra dengan warna Mystic Bronze.



Samsung accidently posted the Note20 Ultra in Mystic Bronze on their Russian website. It looks great! pic.twitter.com/irRWVHLq5e

— Max Weinbach (@MaxWinebach) July 1, 2020

Selain Max Winebach, seorang lagi pembocor berita turut bersetuju dengan beliau. Ice Universe turut berkongsi gambar yang sama. Boleh dikatakan, rekaan badan Galaxy Note 20 ini tidak jauh berbeza dengan sebelumnya.

Cooool! pic.twitter.com/V4zmOLHDZP

— Ice universe (@UniverseIce) July 1, 2020

Perbezaan terbesar boleh dilihat pada kamera belakang, di mana ia sangat tebal dan menempatkan tiga kamera. S Pen juga dilihat serupa dengan satu butang padanya.

Selain itu, butang kuasa dan kawalan bunyi kini terletak di sisi yang sama, di mana biasanya Samsung sebelum ini meletakkan butang kuasa di sisi kanan dan butang kawalan bunyi di sisi kiri.

Gambaran dari OnLeaks

Rekaan terbocor ini sebenarnya tidak jauh lari dari gambaran yang dikongsikan oleh @OnLeaks sebelum ini. Galaxy Note 20 dikhabarkan tidak akan dilengkapi fungsi Space Zoom 100x seperti di Galaxy S20 Ultra tetapi masih menggunakan sensor Bright HM1 108MP.

August 5, TheNextGalaxy

— Ice universe (@UniverseIce) July 5, 2020

Tarikh sebenar pelancaran Galaxy Note 20 masih tidak diketahui tetapi Ice Universe menyatakan ia akan diadakan pada 5 Ogos 2020 dengan tema, “The Next Galaxy“. Tetapi adakah Samsung akan memperkenalkan satu siri telefon sahaja nanti? Ada yang mengatakan generasi kedua Galaxy Fold turut akan muncul pada pentas yang sama. Kita tunggu dan lihat.

Tags: samsungsamsung galaxy note 20
Najib

Najib

POPULAR

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 Ogos 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER