• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi TV Stick dan Mi Band 5 kelihatan akan dilancarkan minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 10/07/2020
  • Komen
Mi TV Stick dan Mi Band 5 kelihatan akan dilancarkan minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah berkongsi di media sosial bahawa mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran minggu hadapan, pada hari Rabu 15 Julai 2020, jam 8 malam waktu Malaysia. Bertajuk “Xiaomi Ecosystem Product Launch“, ia akan menampilkan beberapa produk ekosistem Xiaomi, tidak terhad kepada telefon pintar sahaja.

Get ready to meet the newest members of the Xiaomi ecosystem family!

Set your alarms for the #SmartLivingForEveryone online launch event on July 15th! ⏰ pic.twitter.com/B0A36CQxRK

— Xiaomi (@Xiaomi) July 10, 2020

Tidak dinyatakan apakah produk yang akan dilancarkan, tetapi gambar yang dikongsi mungkin memberi sedikit petunjuk tentangnya. Terdapat 4 produk yang kelihatan.



Pada nombor 2 yang pertama, ia menunjukkan gambar tayar seperti skuter. Mungkin Xiaomi akan perkenal skuter baru kali ini.

Gambar kedua di nombor 0 yang pertama pula lebih mudah ditafsir, ia adalah Mi Band 5 yang telah dilancarkan di China pada bulan lepas. Mi Band 5 ada paparan lebih besar dari Mi Band 4, serta pengecas magnetik yang baru. Di China, ia telah dijual pada harga RMB229 (~RM139).



Mi Band 5

Gambar ketiga pula, untuk nombor 2 kedua menunjukkan 4 kamera dengan grafik seperti NFC. Ciri-ciri ini menepati apa yang ada di Redmi 9, telefon pintar dengan 4 kamera belakang dan NFC terbina di dalam. Tetapi ia telah pun dilancarkan di Malaysia dan Eropah. Adakah kejutan lain untuk gambar ketiga ini?

Gambar keempat iaitu nombor 0 kedua paling mengujakan. Padanya ada port USB, butang kuasa, gambar TV dan butang kawalan bunyi. Pada hemat kami, ia adalah alat kawalan jauh untuk Mi TV Stick, yang pertama kali ditayangkan pada bulan Mei lepas, tanpa sebarang maklumat.

Mi TV Stick

Mi TV Stick adalah sebuah Android Box dalam saiz kecil seperti pemacu kilat. Ia dikatakan datang dalam dua jenis, model HD Penuh dan model 4K. Model 4K memiliki prestasi yang menyerupai Mi Box S. Saiz yang kecil ini pasti dapat menjimatkan ruang, selain mudah dibawa ke mana-mana.

Adakah tekaan kami tentang 4 produk ekosistem Xiaomi ini tepat? Kita sama-sama tonton pelancarannya pada 15 Julai akan datang, menerusi Twitter, Facebook dan saluran YouTube Xiaomi.

Sumber: Xiaomi

Tags: mi band 5Mi TV Stickxiaomixiaomi mi band 5
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mi TV Stick dan Mi Band 5 kelihatan akan dilancarkan minggu hadapan

Mi TV Stick dan Mi Band 5 kelihatan akan dilancarkan minggu hadapan

10 July 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN