Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Samsung Galaxy Buds+ kini ada warna merah

Jika anda memiliki Galaxy S20+ berwarna merah, anda kini boleh memadankannya dengan fon kepala Samsung berwarna merah. Samsung Malaysia kini menyediakan fon kepala TWS mereka, Galaxy Buds+ dengan warna terbaru, merah.

Samsung Galaxy Buds+ merah kini menyertai warna sedia ada iaitu hitam, putih dan biru. Harganya juga kekal sama, masih RM599 dan boleh didapati di Stor Online Samsung.

Fon kepala Galaxy Buds+ boleh memainkan lagu sehingga 11 jam dengan sekali cas, serta sehingga 22 jam bersama bekas pengecas. Ia mengecas melalui USB-C dan boleh digunakan memainkan lagu sehingga sejam untuk pengecasan pantas 3-minit. Kotak pengecas ini juga boleh dicas secara wayarles, menggunakan teknologi Qi.

Antara pembaharuan di Buds+ adalah sistem 2 speaker yang ditala oleh AKG. Ia juga ditambah satu mikrofon, menjadikan keseluruhannya 3 mikrofon terdapat di setiap fon kepala, untuk pembatalan bunyi luar yang lebih efisyen. Terdapat juga mod ambient yang membenarkan pengguna mendengar ‘bunyi luar’ tanpa mengeluarkannya dari telinga.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai fon kepala ini di laman produk Samsung Galaxy Buds+.

BACA  Apple Watch SE ganti tempat series 5 dengan harga lebih murah