Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: 8 kes dicatatkan dengan tiada satupun daripada Sarawak

Laporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan yang kes positif COVID-19 hari ini adalah 8. Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan berada pada 223. Daripada jumlah tersebut 3 daripada berada di ICU dan 1 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh hari ini adalah 5 dan apabila dihimpunkan kedalam jumlah kes sembuh, kita kini ada 8,617 ataupun 96.13%. Tiada kematian dicatatkan pada hari ini. Maka, jumlah kematian kekal di 124.

Daripada 8 kes baru yang dilaporkan, 3 kes berada dalam kategori import manakala 5 adalah kes tempatan.

Kes import yang dilaporkan adalah melibatkan 2 warganegara dan 1 bukan warganegara Malaysia. Untuk kes warganegara, mereka masing-masing tiba di Malaysia dari Kazakhstan dan Filipina. Kes bukan warganegara melibatkan seorang pendatang tanpa izin yang kini berada di bawah tahanan di Langkawi.

Tiada kes baru daripada Sarawak dilaporkan hari ini. Seperti yang kita tahu, kluster Sentosa setakat 28 Julai lalu ada 30 kes semuanya dan proses saringan sedang giat dijalankan di seluruh hospital. Dalam pada itu, arahan untuk kuarantin mandatori untuk yang masuki Sarawak tetapi berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2020.

Perincian 5 kes tempatan adalah seperti berikut:

  • 1 kes di Kuala Lumpur
  • 1 kes di Rompin
  • 2 kes di Kota Kinabalu
  • 1 kes di Tawau
BACA  COVID-19: Malaysia catat jumlah jangkitan positif tertinggi hari ini