• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft matikan Cortana di beberapa platform bermula September 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:31 pm
  • 03/08/2020
  • Komen
Microsoft matikan Cortana di beberapa platform bermula September 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Cortana skills adalah fungsi seakan extension pada Google Chrome. Ia memperkasa Cortana sebagai pembantu maya yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Pada 7 September 2020 ini, Microsoft akan mematikan sokongan Cortana skills pihak ketiga dalam usaha mereka memperhalusi penggunaan Cortana dalam ekosistem mereka.

Cortana di Android dan iOS

Itu adalah antara pengumuman yang diterbitkan di laman rasmi mereka. Kemudian, pada awal tahun 2021 kelak, sokongan Cortana untuk iOS dan Android juga akan ditamatkan bersama-sama sokongan pada speaker seperti Harman Kardon Invoke dan Surface Headphone generasi pertama.



Harman Kardon Invoke (sumber)

Memperhalusi penggunaan Cortana menurut Microsoft adalah mereka ingin menjajarkan semula Cortana kearah pengguna Enterprise. Contohnya, mereka dalam proses memperkukuhkehadiran pembantu may aitu pada sistem operasi Microsoft Windows, Office, dan Teams.

Cortana diperkenalkan Microsoft dalam bulan April 2014. Sudah berusia lebih 6 tahun, ia gagal menandingi Google Assistant dan juga Apple Siri. Masalah yang serupa juga dihadapi Samsung Bixby yang kini Google cuba ingin hapuskannya daripada produk Samsung dengan menawarkan insentif tertentu.



Sumber

Tags: applecortanaGoogleMicrosoft
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Microsoft matikan Cortana di beberapa platform bermula September 2020

Microsoft matikan Cortana di beberapa platform bermula September 2020

3 August 2020
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN