Ada satu laman web yang bernama PrePear berdepan masalah untuk daftarkan tanda dagang mereka sejak tahun 2017 kerana Apple mendakwa logo mereka sangat sama dengan logo Apple.
Sebelum itu, PrePear adalah sebuah laman web yang menghimpunkan resipi masakan dan juga menyediakan servis beli belah barang dapur.
Apple membentangkan dua hujah bagi menentang penggunaan logo PrePear iaitu:
- Logo boleh menimbulkan kekeliruan, mengakibatkan kesilapan, ataupun digunakan untuk menipu
- Pencairan terhadap tanda dagang yang sudah terkenal menyebabkan kerosakan imej pada logo Apple
Dalam hujah pertama, pihak Apple menguraikan yang logo pihak PrePear menggunakan rekaan minimalistik sebiji buah dengan sehelai daun menunjukkan kea rah kanan. Di pihak PrePear, mereka tidak katakana itu adalah imej buah pir, ia boleh jadi papan pemotong kerana rekaan minimalistiknya. Mungkin buah pir itu disimpulkan daripada nama syarikat PrePear.
View this post on InstagramA post shared by Healthy Kids Recipes•Routines (@superhealthykids) on
Pencairan tanda dagang yang digusarkan Apple adalah kerana logo ini sudahpun digunakan sejak 1976 dan ia sangat ikonik sehinggakan boleh mencacatkan imej Apple sekiranya produk atau servis yang ditawrakan PrePear tidak selari dengan visi Apple.
Benda ini bukanlah kali pertama. Apple permah menghalang dua lagi syarikat kerdil daripada memfailkan tanda dagang logo, satu di Norway dan satu lagi di Jerman.
Baca dokumen penuh Apple menentang PrePear di sini.