Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

China naik taraf Firewall mereka, halang lebih banyak trafik internet yang gunakan penyulitan

Negara China meletakkan kawalan Internet yang ketat dalam wilayahnya. Dikenali sebagai Great Firewall, sebahagian besark andungan Internet global tidak boleh diakses penggun ayang berada di dalam sempadan negara China. Yang biasa pergi ke sana akan tahu seksanya untuk mengakses Google, Facebook, dan sebagainya bahana “penapis” digital ini.

Berita terbaru daripada sana menunjukkan yang mereka kini menapis trafik yang dislutikan menggunakan kaedah penyulitan yang lebih baharu. Hal ini kerana trafik yang melalui protocol HTTPS dan menggunakan TLS 1.3 dan ESNI (Encrypted Server Name Indication), China tidak boleh mengintip apakah yang terkandung dalamnya.

Mungkin sebab itu, buat masa ini trafik yang gunakan kaedah penyulitan ini dihalang.

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk memintas halangan itu tapi ia cumalah penyelesaian sementara.

HTTPS melindungi komunikasi antara dua pihak daripada dipintas maklumatnya oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Hal ini kerana, apabila data keluar daripada klien ataupun hos, ia disulitkan menggunakan kekunci khas. Maklumat itu hanya boleh dinyahsulit menggunakan kekunci yang sama.

Sebab itu dalam setiap protocol penyulitan, proses yang pertama berlaku adalah handshake antara klien dengan hos, iaitu proses pemilihan kekunci yang akan digunakan untuk komunikasi.

Sumber

BACA  Perutusan khas 'Kita Prihatin' petang ini, akan menyentuh bantuan terus kepada rakyat?