Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Lebih 1 juta dekoder MYTV percuma akan diedarkan tidak lama lagi

Malaysia telah berubah ke penyiaran TV Digital sepenuhnya dengan menamatkan siaran TV Analog pada Oktober tahun lepas. Bagi memudahkan rakyat Malaysia berubah dari TV Analog kepada Digital, pada awal tahun 2019 kerajaan telah mengedarkan sejumlah 1.5 juta dekoder TV Digital MYTV secara percuma, kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), isi rumah B40 dan OKU.

Pengedaran dekoder MYTV percuma ini kemudian ditambah sebanyak 300,000 unit pada akhir tahun 2019 dan 500,000 unit lagi pada awal tahun ini. Memandangkan permintaan untuk mendapatkan dekoder MYTV sangat tinggi, kerajaan telah memohon lagi 1 juta unit dekoder untuk diberikan kepada rakyat, terutama di luar bandar.

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Parlimen semasa menjawab soalan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Ahli Parlimen Pasir Puteh), yang meminta kerajaan menyatakan status perkembangan pelaksanaan bagi meningkatkan capaian jalur lebar supaya siaran televisyen digital tidak mengalami gangguan.

“Walaupun di sesetengah tempat, untuk mendapat siaran MyFreeview ini tidak ada perkhidmatan jalur lebar, kerana capaiannya agak kurang atau kekuatannya tidak sampai. Ia akan ada gangguan. Itu memang kita akui. Bagaimanapun, apabila kita cadangkan untuk bagi jaluran 5G, termasuk 700 MHz iaitu spektrum yang dicadangkan, ia akan menjadi lebih baik,” tambah Zahidi.

Zahidi menjelaskan lagi, buat masa ini, kementeriannya masih belum menganugerahkan Spektrum 5G kepada syarikat tertentu. Pada awal bulan Jun lepas, Saifuddin Abdullah ditemui telah mengeluarkan arahan dalam diam untuk memperuntukkan jalur 5G 700MHz secara terus kepada 5 syarikat. Sehari kemudian beliau menarik balik arahan tersebut dan sehingga kini, masih tiada khabar bilakah Spektrum 5G ini akan dianugerahkan.

BACA  Menteri tuduh Veveonah berbohong, cari publisiti isu liputan Internet

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membentangkan laporan akhir untuk peruntukan Spektrum 5G di Malaysia. Laporan tersebut mendapati, langkah terbaik untuk membangunkan 5G dengan efisyen dan efektif ialah dengan menubuhkan syarikat konsortium yang disertai oleh beberapa syarikat dan dianugerahkan Spektrum 5G. Konsortium ini bukan sahaja berkongsi spektrum, malah berkongsi infrastruktur bagi mengelakkan pertindihan pembangunan yang sama di lokasi yang berhampiran.

Sumber: Astro Awani