• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu lagi telefon Realme di bawah RM500 akan dilancar minggu hadapan

  • OLEH Najib
  • 10:55 am
  • 18/08/2020
  • Komen
Satu lagi telefon Realme di bawah RM500 akan dilancar minggu hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Kepantasan Realme melancarkan telefon pintar memang sangat mengagumkan. Ini dapat dilihat apabila nama mereka tersenarai dua kali di dalam carian 10 terbanyak Google pada bulan Julai.

Untuk bukan Julai sahaja, mereka telah melancarkan dua model telefon pintar. Realme X50 Pro adalah telefon pintar 5G pertama Realme di Malaysia, di samping Realme C11 telefon mampu milik paling murah Realme masa kini.



Kini Realme Malaysia mengumumkan, mereka akan melancarkan satu lagi model baru pada bulan Ogos. Telefon pintar tersebut ialah Realme C12, yang telah dilancarkan di Indonesia minggu lepas. Telefon ini akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos 2020, memiliki spesifikasi yang lebih baik dari Realme C11 tetapi menggunakan pemproses utama yang sama, Mediatek Helio G35.

Di Indonesia, Realme C12 tiba dalam satu varian iaitu RAM 3GB dan storan 32GB. Skrinnya berukuran 6.5-inci HD 720p dari jenis LCD, dengan takuk kecil di atas memuatkan kamera hadapan 5MP F2.0.



Di belakang, ia dipasang tiga kamera iaitu kamera utama 13MP F2.2, kamera hitam putih 2MP F2.4 dan kamera makro 2MP F2.4. Pengimbas capjari juga terdapat di belakang, sesuatu yang tiada di Realme C11.

Peningkatan yang dikira besar pada Realme C12 adalah pada baterinya. Berbanding 5,000mAh di Realme C11, telefon ini dilengkapi bateri 6,000mAh tetapi hanya menyokong pengecasan 10W melalui mikroUSB. Realme turut mengiklankan Realme C12 sebagai telefon kalis percikan dan menjalankan sistem operasi Android 10 dilapisi Realme UI.

Walaupun Realme C12 ada spesifikasi lebih baik dari Realme C11, ia sebenarnya masih di bawah Realme C3 yang dikuasakan pemproses Mediatek Helio G70. Kekurangan Realme C3 ialah baterinya hanya 5,000mAh.

Masalah seterusnya adalah harga. Di Malaysia, Realme C11 dengan RAM 3GB dan storan 32GB dijual pada harga RM479 manakala Realme C3 dengan RAM dan storan sama, berharga RM499 sahaja. Dari jurang yang ada, Realme C12 dilengkapi RAM 3GB dan storan 32GB, hanya boleh diletakkan tanda harga RM489 sahaja. Itu mengikut logik, tetapi mungkin lain di fikiran Realme.

Kita nantikan pengumuman lanjut dari Realme Malaysia pada majlis pelancarannya, yang akan diadakan pada 25 Ogos 2020, secara langsung menerusi Facebook Live.

Di samping itu, Realme juga melancarkan kempen ‘Dare To Be Realme‘ dan ‘828 Fan Festival‘ yang akan berlangsung di seluruh dunia. Di Malaysia, Realme akan bekerjasama dengan pelbagai jenama seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan banyak lagi. Festival ini akan berlangsung pada dari 28-30 Ogos 2020.

Tags: RealmeRealme C12
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Satu lagi telefon Realme di bawah RM500 akan dilancar minggu hadapan

Satu lagi telefon Realme di bawah RM500 akan dilancar minggu hadapan

18 August 2020
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN