Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Realme X50 Pro 5G: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Realme Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar 5G pertama mereka, Realme X50 Pro 5G. Orang ramai boleh mendapatkannya bermula 7 Julai 2020, secara eksklusif di Lazada.

Realme X50 Pro 5G datang ke Malaysia dengan harga rasmi RM2,999 bersama spesifikasi tertinggi, RAM 12GB dan storan 256GB. Ia akan dijual pertama kali secara eksklusif di Lazada pada 7 Julai 2020, kemudiannya ia boleh dibeli di pengedar sah Realme di seluruh Malaysia bermula 11 Julai 2020.

Ketibaan Realme X50 Pro dengan harga di bawah RM3,000 memberi saingan kepada telefon pintar dengan kuasa Snapdragon 865 5G yang telah dilancarkan di Malaysia iaitu:

  1. Realme X50 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,999
  2. Poco F2 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RM2,199
  3. Poco F2 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM2,599
  4. Mi 10 (RAM 8GB + storan 256GB) – RM2,999
  5. Mi 10 (RAM 8GB + storan 128GB) – RM2,799
  6. OnePlus 8 (RAM 8GB RAM + storan 128GB) – RM2,899
  7. Black Shark 3 (RAM 8GB RAM + storan 128GB) – RM2,799
  8. Nubia Red Magic 5G (RAM 8GB RAM + storan 128GB) – RM2,799

Telefon pintar terbaru Realme ini adalah naik taraf dari Realme X2 Pro yang dilancarkan tahun lepas. Ia kini dikuasakan dengan cip terbaik Qualcomm, Snapdragon 865 5G. Prestasi tingginya disumbang lagi oleh RAM LPDDR5 12GB dan storan terpantas UFS3.0 seluas 256GB.

Kelebihan telefon ini berbanding model lain di bawah RM3,000 ialah skrinnya. Ia seluas 6.44-inci, dari jenis Super AMOLED dan ada Refresh Rate setinggi 90Hz, bersama Sampling Rate 180Hz. Pengimbas capjari turut terdapat di dalam skrin.

Bateri di dalamnya sebesar 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperDart 65W melalui USB-C. Menariknya, Realme memberikan kepala pengecas GaN yang memiliki saiz jauh lebih kecil dari kepala pengecas biasa.

BACA  Diskaun 70% diberikan keatas saman JPJ dan SPAD sepanjang Ogos 2020

Selain itu, hanya Realme X50 Pro ada kamera telefoto di belakang untuk harga di bawah RM3,000 ini. Kamera utamanya ialah kamera 64MP F1.8, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.3, kamera telefoto 12MP F2.5 dengan keupayaan zum optikal 2x dan kamera hitam putih 2MP F2.4 yang turut bertindak sebagai kamera bokeh.

Sistem bunyi Dolby Atmos dan speaker stereo menggerakkan bunyi telefon ini. Tetapi ia tidak lagi memiliki jek audio 3.5mm serta tidak kalis air dan debu, juga tiada pengecasan wayarles. Telefon baru ini menjalankan sistem operasi Android 10 menggunakan antaramuka Realme UI.

Terdapat dua warna diperkenalkan untuk Realme X50 Pro: hijau dan merah. Ia menggunakan kemasan kaca matte di belakang, untuk memberikan rasa genggaman yang tidak licin dan lebih mesra dipegang.

Kedatangan Realme X50 Pro memberikan tawaran yang hebat untuk dibandingkan dengan model lain di bawah RM3,000. Walaupun ia tiada butang bahu, dengan skrin 90Hz bersama RAM 12GB dan speaker stereo, ia boleh memberikan pengalaman bermain game yang lebih baik dari yang lain.

Adakah Realme X50 Pro ini pilihan anda? Jika tidak, apakah alasan anda untuk memilih yang lain?