Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perbandingan Kamera: Galaxy Note 20 Ultra, iPhone 11 Pro Max, Galaxy S20 Ultra, dan Galaxy Note 10+

Dalam perbandingan kali ini, kita ada empat telefon yang menyertainya. Selain Galaxy Note 20 Ultra yang terbaru, saya juga memasukkan iPhone 11 Pro Max, Samsung Galaxy Note 10 Lite, dan Samsung Galaxy S20 Ultra.

Berikut adalah spesifikasi ringkas kamera untuk kesemua telefon yang saya gunakan dalam artikel ini.

Untuk kamera belakang, semua peserta miliki sekurang-kurangnya sensor 12MP. iPhone dan Galaxy Note 10+ miliki kamera belakang semuanya terdiri dairpada kamera 12MP dan masing-masing ada kamera biasa, telefoto, dan ultralebar.

Hanya Galaxy Note 20 Ultra dan S20 Ultra miliki kamera 108MP manakala kamera telefoto Galaxy S20 Ultra miliki sensor paling tinggi bilangan megapiksel iaitu 40MP.

Kamera selfie Galaxy Note 20 Ultra miliki Cuma 10MP, tapi mungkin saiz pikselnya lebih besar dan seterusnya mencadangkan yang prestasi dalam cahaya malapnya lebih baik berbanding kamera selfie 40MP Galaxy S20 Ultra.

Potret

Lens Biasa

iPhone memang cemerlang daripada segi skintone. Warna sejadi dengan dunia sebenar. Galaxy Note 20 Lite lebih cerah, suam, dan nampak macam ada sharpening berlaku pada gambar.

Galaxy Note 20 Ultra dan S20 Ultra pula seperti terlebih proses. Kesan ghosting disekeliling subjek agak ketara.

Tapi kalau anda nak tangkap gambar potret, lebih baik jangan gunakan kamera utama sebab jarka fokalnya yang pendek sebabkan muka nampak bulat terutamanya pada bahagian hidung.

Guna saja kamera telefoto kalau ada.

Lens Telefoto

Gambar potret gunakan kamera telefoto nampak lebih semula jadi subjeknya. Daripada segi penghasilan warna, iPhone dan Note 10+ lebih menghampiri keadaan sebenar.

Galaxy Note 20 Ultra dan S20 Ultra memproses warna jadi lebih pekat dan ketajaman dipertingkat. Mungkin mereka ingin hasilkan gambar yang sedia untuk dikongsi di medsos.

BACA  Diskaun 50% Galaxy Note 10+ diteruskan sehingga hujung November

Bokeh

Walaupun nampak janggal, inilah ujian sesaintifik mungkin untuk melihat keupayaan sistem kamera mensimulasikan bokeh. Sepatutnya, semua bahgian latar yang terkandung antara tangan saya perlulah dibokehkan.

Semua telefon kecuali iPhone berjaya pisahkan latar daripada subjek. Di iPhone, ia ada sedikit ter-kantoi dan saya perbesarkannya dalam gambar di bawah.

Namun, kesan bokeh yang disimulasikan semua telefon adalah baik. Cukup kepekatannya dan ada gradien kekuatan antara latar yang hampir dengan subjek dengan yang jauh.

Selfie

Walaupun kita ada 3 telefon Samsung dalam ujian ini, tapi hasil antara mereka macam tak konsisten. Note 20 Ultra dan S20 Ultra seperti kenakan beautify yang terlebih pekat dan skintone sedikit suam.

iPhone 11 Pro Max dan Note 10+ pula lebih sejuk dan ada tint bewarna kehijaun.

Dalam ujian selfie, biasanya iPhone akan menang sebab mereka mampu hasilkan warna kulit yang jitu. Tapi kali ini, saya lebih menggemari hasil Note 10+daripada segi warna dan beautify yang tak terlalu ketara

Zum

Semua telefon yang saya uji ada tiga kamera belakang iaitu kamera biasa, kamera telefoto, dan kamera ultralebar. Tapi Galaxy S20 Ultra ada kamera telefoto yang ada 4x zum optikal dan satu kamera 3D ToF untuk simulasi bokeh.

Jarak fokal yang saya gunakan dalam kategori ini ialah:

  • ultralebar
  • 1x
  • 2x
  • maksimum

Ultralebar

Saya dapati yang kamera ultralebar iPhone lebih ada sudut pandang lebih luas. Ada satu kesilapan terjadi dalam gambar ini. Gaalxy Note 20 Ultra dan Note 10+ diambil semasa ada cahaya matahari. Ia jadikan white balance lebih terarah kepada suam.

Di bahagian lagi satu, anda ada iPhone 11 Pro Max dan Galaxy S20 Ultra yang lebih sejuk kerana ketika itu lokasi dilindungi awan.

BACA  Exynos 1080 dilancar dan salah satu telefon Vivo akan jadi yang pertama gayakannya

1x

Saya rasakan yang iPhone ada dynamic range yang lebih luas berbanding yang lain. Tapi itu bukanlah masalah besar kerana dengan mudahnya boleh dibaiki dalam perisian penyuntingan.

2x

Galaxy S20 Ultra ada lensa telefoto 5x jadi untuk ujian ini, anda akan dapati gamabr zumnya lebih jauh berbanding yang lain. Tiga sampel yang lain miliki sudut pandang yang hampir sama.

Daripada segi kualiti, tiada perbezaan ketara antara mereka. Kalau adapun, iPhone gambarnya lebih cerah berbanding pesaing Samsungnya.

Maksimum

Seperti biasa, jarak zum paling jauh dipegang oleh Galaxy S20 Ultra dengan teknologi Space Zoom. Anda boleh baca dengan jelas teks yang terpampang pada tiang simen dengan jarak zum 100x manakala di Galaxy Note 20 Ultra, anda boleh pergi sehingga 50x.

Walau bagaimanapun, 10x zum digital pada Galaxy Note 10+ pun hasilkan gambar yang masih jelas untuk anda kenal pasti “P5/16”, cumanya tidak setajam Galaxy S20 Ultra.

Makro

Nightmode

Kamera biasa

Saya sukakan hasil daripada Galaxy Note 20 Ultra dan S20 Ultra sebab dynamic range mereka luas. Anda boleh lihat butiran pada batu berhampiran air dan pada masa yang sama butiran pada tangga banggunan di bahagian tengah gambar.

Galaxy Note 10+ macam ada dynamic range luas, tapi gambarnya sudah kabur dan mula menunjukkan kesan artifak. iPhone pula hasilkan gambar sedikit gelap.

Kamera wideangle

Kamera wideangle pada iPhone tidak miliki nightmode. Jadi, ia mudahnya tertewas dalam kategori ini. Semua kamera belakang Samsung ada fungsi Nightmode yang boleh diaktifkan dan mereka berikan hasil yang cantik.

Kesimpulan

Daripada segi kualiti gambar, tiada perbezaan ketara antara mereka kecuali pada segi warna seperti white balance dan skin tone. Kedua-dua isu ini boleh diselesaikan dalam APP penyuntingan gambar.

BACA  iPhone 2022 katanya akan gunakan lensa periskop untuk beri jarak zum 10x optikal

Mereka hasilkan gambar yang sama tajam dalam pencahayaan yang cukup. Kamera wideangle iPhone tiada fungsi nightmode lantas jadikannya tak berguna pada malam hari. Tapi untuk kamera biasa, ia setanding dengan 3 kamera Samsung yang lain.

Space Zoom Galaxy S20 Ultra sedia diketahui hanya bertindak sebagai gimik sebab di zum maksimum, gambarnya pecah dan tak sesuai untuk digunakan di medsos sekalipun. Simpan saja fungsi ini untuk kecemasan.

Apa pendapat anda? Turunkannya dalam ruangan komen.