• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco X3 akan dilancar dengan lebih meluas, tidak terhad di India

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 01/09/2020
  • Komen
Poco X3 akan dilancar dengan lebih meluas, tidak terhad di India
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan April lepas, Poco telah melancarkan model kedua telefon pintar mereka selepas Poco F1, dikenali sebagai Poco X2. Bagaimanapun, telefon yang dikuasakan pemproses Snapdragon 730G ini hanya dijual di India. Tidak lama kemudian, Poco melancarkan telefon pintar Poco F2 Pro yang dijual di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Baru-baru ini, Poco telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan satu lagi telefon pintar baharu untuk pasaran global. Mereka telah mengumumkan namanya secara rasmi, iaitu Poco X3 NFC dan ia akan dilancarkan pada 7 September 2020, hari Isnin minggu hadapan.



Beberapa maklumat mengenai telefon ini telah dikongsi dengan agak meluas oleh Pengurus Pemasaran Produk dan Jurucakap Antarabangsa Poco, Angus Kai Ho Ng. Beliau pada mulanya bercerita tentang bagaimana Poco sangat menyukai Hz, dipercayai merujuk kepada kadar penyegaran skrin yang tinggi, melebihi 60Hz.

Um….@POCOGlobal I'm quiet?😏

Recently I've fallen in love with Hz.
Then I found out, POCO love Hz too!#POCOcomingsoon #POCOLeaksKing #EverythingyouneedNothingyoudont pic.twitter.com/GFyzPwASse

— Angus Kai Ho Ng (@anguskhng) August 20, 2020

Seterusnya, beliau berkongsi tentang gambaran belakang telefon Poco X3. Terdapat 4 gambar yang dikongsi tetapi kesemuanya memiliki rekaan modul kamera belakang yang berbeza. Apa yang pasti, Poco X3 akan ada 4 kamera di belakang.



😍#POCOX3 NFC Camera design speculations

Which one do you think it is?
Or maybe show me what you think the camera set up looks like!📷📸

Closest guess will be gifted 1 #POCOX3 sponsored by @POCOGlobal 🤩#POCOisback pic.twitter.com/buFsL6VGxa

— Angus Kai Ho Ng (@anguskhng) August 26, 2020

Kemudian, beliau berkongsi rupa sebenar telefon ini. Tetapi ia hanya menunjukkan antaramuka aplikasi kamera sahaja yang menunjukkan satu maklumat penting, kamera ini boleh menangkap gambar sehingga 64MP. Selain itu, apabila gambar ini disunting tahap kecerahannya, dapat dilihat terdapat satu kamera di tengah atas skrin. Bermakna, telefon ini menggunakan lubang di skrin untuk menempatkan satu kamera hadapan.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerita pula tentang kepantasan pengecasan di Poco X3. Telefon ini boleh mengecas dari 0% ke 100% dalam masa 65 minit sahaja, berbanding Samsung Galaxy A71 yang memiliki bateri 4,5000mAh dan kuasa pengecas 25W.

Massive battery with a blazing fast charging speed.⚡️
Compare to a well known mid-ranger, we take the lead.
I shall explain how we achieved this in our official launch.#POCOisBACK #POCOX3 NFC pic.twitter.com/CeqKpM3vRQ

— Angus Kai Ho Ng (@anguskhng) August 28, 2020

Perbandingan ini mungkin menyatakan, Poco X3 memiliki bateri yang sama tetapi dengan kuasa pengecas lebih pantas. Ada ura-ura menyatakan Poco X3 dilengkapi pengecasan pantas 33W.

Satu lagi berita yang baru tiba hari ini adalah dari pihak pengeluar cip, Qualcomm. Mereka baru sahaja melancarkan pemproses Snapdragon 732G dan menamakan Poco X3 sebagai peranti pertama menggunakannya.

Snapdragon 732G diumum dan POCO jadi yang pertama gunakannya

Poco X3 NFC mungkin satu lagi rekaan asli dari Poco sejak Poco F1. Ini kerana Poco X2 sebelum ini adalah penjenamaan semula dari model Xiaomi Redmi K30, manakala Poco F2 Pro pula dari model Xiaomi Redmi K30 Pro.

Dari maklumat yang telah dikongsi Angus, rupa depan dan belakang Poco X3 NFC tidak menyerupai mana-mana telefon Xiaomi sedia ada. Tetapi semua ini masih maklumat tidak rasmi, mungkin akan ada kejutan di hari pelancaran kelak.

Secara kasar, kita mengetahui bahawa Poco X3 NFC akan memiliki NFC, dikuasakan pemproses Snapdragon 732G, memiliki pengecasan lebih pantas dari Galaxy A71, skrin berlubang dengan kadar penyegaran lebih 60Hz, ada 4 kamera belakang dengan kamera utama 64MP dan 1 kamera hadapan. Berapa pula anggaran harganya?

Poco X2 yang dilancarkan di India awal tahun ini, dijual bermula dari harga INR 15,999 (~RM 925) bersama RAM 6GB dan storan 64GB. Adakah Poco X3 kelak akan dijual di Malaysia dengan harga bermula di bawah RM 1,000? Kita tunggu dan lihat.

Sumber: GSMArena

Tags: PocoPoco X3
Najib

Najib

POPULAR

Poco X3 akan dilancar dengan lebih meluas, tidak terhad di India

Poco X3 akan dilancar dengan lebih meluas, tidak terhad di India

1 September 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN