Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

5 perkara anda perlu tahu tentang Nvidia RTX 30

Nvidia telah melancarkan siri baru kat grafik mereka iaitu RTX 30. Tiga ahli pertamanya ialah:

  • RTX 3090
  • RTX 3080
  • RTX 3070

Menurut Nvidia ini adalah naik taraf paling ketara pernah mereka capai hasil memanfaatkan senibina Ampere untuk menggantikan Turing sebelum ini. Kalau anda malas nak tonton pembentangan panjang lebar Nvidia, ini adalah 5 benda yang perlu anda tahu tentang siri RTX 30.

1. Harga pelancaran sama tapi prestasi nyata berbeza

Kita ambil contoh RTX 3080 vs. RTX 2080. Harga pelancaran mereka ialah USD700 (RM2,900). Tapi, RTX3080 ada kelebihan daripada segi:

  • 2GB lebih tinggi VRAM
  • Menggunakan modul GDDR6X yang sekitar 36% lebih pantas
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Ramai yang mengagumi spesifikasi RTX 3070 kerana atas kertas, ia nampaknya mengalahkan RTX 2080 Ti pada harga 50% lebih rendah. Namun begitu, netizen yang lebih persimis mengatakan yang kita sepatutnya tunggu hasil benchmark sebelum lakukan kesimpulan.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

2. GPU NVIDIA tembusi litografi bawah 10nm

RTX 30 ini menggunakan proses pengeluaran 8nm daripada Samsung berbanding TSMC pada edisi yang sebelumnya. Naik taraf ini signifikan kerana lebih banyak transistor boleh disumbat masuk dalam 1mm persegi ruang. Contohnya, RTX 3080 dilaporkan ada 28 billion transistor atas badannya manakala RTX 2080 pula ada 13.6 billion.

3. RTX30 dahagakan tenaga elektrik

Disebabkan atas cip ini ada bilangan transistor sekitrar dua kali ganda berbanding sebelumnya, rata-rata RTX30 memerlukan lebih banyak tenaga elektrik untuk beroperasi.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Hal ini bermakna, anda mungkin perlu naik taraf unit pembekal kuasa (PSU) untuk menampung kad ini.

4. Sokongan PCI Express 4.0, SLI, dan RTX IO

Penggunaan PCE Exress 4.0 sebagai laluan komunikasi dengan komputer, perpindahan data antara komputer dengan GPU boleh berlaku sepantas 32GB/s ataupun dua kali ganda daripada generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, ia lebih kepada langkah futureproof kerana PCI Express 3.0 yang telah digunakan sejak 8 tahun lalu tidak menunjukkan sebarang fenomen bottleneck pada kad-kad grafik terdahulu.

BACA  iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max: Berbeza saiz skrin dan saiz kamera

Sokongan SLI, walaupun dicanang ramai pihak akan dimatikan masih kekal pada siri RTX 30. Pada siri baru ini, ia ada NVLink 3 yang katanya ada bandwidth 100GB/s untuk prestasi yang lebih tinggi.

RTX IO ialah benda baru yang diperkenalkan. Teknologi ini meminimumkan penggunaan kuasa pemproses CPU dan mempercepat perpindahan data. Cara kerjanya adalah dengan memintas data yang sepatutnya diproses CPU untuk disalurkan dterus kepada GPU untuk diproses. Penjimatan yang boleh dicapat ialah setinggi 97%.

5. HDMI 2.1 untuk menyokong resolusi 8K

Buat gamers yang gilakan resolusi, RTX 3090 menyokong HDMI 2.1. Melalui port ini, ia menyokong bandwidth selebar 48GB/s ataupun 2.6x lebih luas berbanding HDMI 2.0. Manfaat yang diperoleh adalah sokongan bermain pada resolusi 4K pada 60fps dan paparan melebihi 165Hz.

Anda boleh pergi ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.