Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Harga Asus ROG Phone 3 akan diumum pada 5 September

Harga jualan untuk telefon gaming terbaru Asus, ROG Phone 3 akan diketahui pada hari Sabtu ini, 5 September 2020 pukul 8.30 malam. Asus Malaysia akan mengadakan acara pelancaran telefon gaming ini secara siaran langsung Facebook Live, menerusi Facebook Asus ROG Malaysia.

Penonton siaran langsung di Facebook Asus ROG Malaysia turut berpeluang memenangi hadiah. Asus menjelaskan, mereka menyediakan hadiah berupa telefon ROG Phone 3 Strix Edition dan banyak lagi hadiah lain kepada penonton. Jadi jangan lupa untuk menontonnya Sabtu ini, pukul 8.30 malam.

Varian dan Harga

Asus telah mengesahkan bahawa terdapat tiga varian ROG Phone 3 akan dijual di Malaysia, iaitu:

  • ROG Phone 3 Strix Edition (Snapdragon 865, RAM 8GB, Storan 256GB)
  • ROG Phone 3 (Snapdragon 865+, RAM 12GB, Storan 512GB)
  • ROG Phone 3 (Snapdragon 865+, RAM 16GB, Storan 512GB)

Harga jualan ROG Phone 3 masih belum diketahui dan dijangka akan diumum semasa majlis pelancaran kelak. Tetapi Asus ada menyatakan bahawa harganya tidak akan jauh berbeza dengan harga ROG Phone II semasa dilancarkan tahun lepas. Untuk rujukan, harga ROG Phone II semasa dilancarkan adalah:

  • ROG Phone II Strix Edition (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,499
  • ROG Phone II (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM3,499
  • ROG Phone II (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM4,499

Tempahan Awal Strix Edition

Bermula hari ini, 3 September 2020, Asus Malaysia telah mula membuka tempahan awal untuk ROG Phone 3 Strix Edition. Tempahan awal ini hanya boleh dibuat dalam talian sahaja, di Stor Rasmi Asus di Lazada dan Shopee.

Asus memberikan hadiah percuma berupa casing Lighting Armor dan pelindung skrin Tempered Glass untuk mereka yang membuat tempahan awal ini. Tetapi deposit sebanyak RM999 perlu dibayar semasa membuat tempahan awal ini.

BACA  Mediatek M80, modem 5G mereka yang pertama gabungkan mmWave dan sub-6

Seterusnya, harga ROG Phone 3 akan diketahui semasa pelancaran, dan baki bayaran boleh dibuat selepas itu. Mereka yang membuat tempahan akan menerima notifikasi tentang cara untuk membuat baki bayaran, selepas ditolak dari deposit RM999. Baki bayaran harus dijelaskan sebelum pukul 9 pagi, 7 September 2020.

Kenali ROG Phone 3 dengan lebih mendalam menerusi video buka kotak kami di bawah ini.