Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

GoPro Hero 9: Apa bezanya dengan Hero 8?

Pengeluar produk kamera aksi hari ini mengumumkan GoPro Hero 9  untuk menggantikan Hero 8  yang mereka lancarkan dalam bulan Oktober 2019. Daripada segi spesifikasi teknikal, naik taraf yang diberikannya adalah ketara terutamanya pada fizikaliti.

Namun, harganya masih dikekalkan pada USD399 dengan promosi tertentu. Untuk pemilik Heo 8 dan kebawah, ia adalah taraf yang berbaloi.

Berikut adalah perbezaan Hero 9 dengan Hero 8.

Skrin sekunder berwarna

Hero 9 adalah produk pertama GoPro yang ada skrin sekunder berwarna. Ia adalah implementasi yang serupa anda boleh temui pada DJI Osmo Action. Hero 9 ada dua skrin. Paparan utama Hero 9 ada panel berkeluasan  2.67” manakala di bahagian depan ada paparan 1.39”.

Berikut adalah perbezaan keupayaan foto dan video antara Hero 9 dan Hero 8.

Bateri lebih besar

Dengan kehadiran paparan tambahan, sudah tentu penggunaan bateri akan meningkat. Mungkin sebab itu anda akan temui bateri lebih besar berbanding sebelumnya.

Sumber

Hero 9 dibekalkan bateri 1,720mAh ataupun hampir 41% lebih besar berbanding bateri Hero 8 yang turut digunakan sejak Hero 5.

Horizon Leveling + Hypersmooth 3.0

Kalau anda rasakan Hypersmooth 2.0 cukup bagus, anda kena cuba Hypersmooth 3.0 dengan Horizon Levelling. Ucapkan selamat tinggal pada gimbal kerana sistem penstabilkan digital kamera ini sangat mengagumkan.

View post on imgur.com

Video 5K

Kalau tak dikira Hero Max sebab dia ada dwilensa, ini adalah GoPro Hero pertama dengan kemampuan merakam video 5K. Berikut adalah perincian resolusi yang boleh Hero 9 rakam berbanding Hero 8.

16:9

4:3

Loop

Foto

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Samsung Galaxy Z Fold 2 baiki kelemahan terbesar Galaxy Fold