Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

iOS 14 dan iPad OS14 tamat ujian Beta, sedia dimuat turun hari in

Selepas membuka ujian Beta selama 2 bulan, Apple hari ini mengumumkan versi stabil iOS 14 dan iPadOS 14 sedia dimuat turun untuk semua pengguna, termasuk di Malaysia. Banyak perkara baru ditampilkan di dalam iOS 14 seperti antaramuka lebih dinamik dan isu keselamatan yang lebih ketat dan telus.

Jika anda tidak menerima notis kemasakini iOS 14, anda boleh memuat turunnya secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update untuk mula memuat turun iOS 14. Tetapi pastikan telefon anda memiliki bateri melebihi 50% serta bersambung ke WiFi, agar tidak makan data mudahalih terlalu banyak. Storan lapang sekitar 5GB juga diperlukan untuk memuat turun keseluruhan OS baru ini.

iOS 14 boleh dimuat turun dan dipasang di peranti berikut:

  1. iPhone 11
  2. iPhone 11 Pro
  3. iPhone 11 Pro Max
  4. iPhone XS
  5. iPhone XS Max
  6. iPhone XR
  7. iPhone X
  8. iPhone 8
  9. iPhone 8 Plus
  10. iPhone 7
  11. iPhone 7 Plus
  12. iPhone 6s
  13. iPhone 6s Plus
  14. iPhone SE (generasi 1)
  15. iPhone SE (generasi 2)
  16. iPod Touch (generasi 7)

Manakala iPadOS 14 pula, serasi untuk digunakan di iPad berikut:

  1. iPad Pro 12.9-inci (generasi 4)
  2. iPad Pro 12.9-inci (generasi 4)
  3. iPad Pro 11-inci (generasi 2)
  4. iPad Pro 12.9-inci (generasi 3)
  5. iPad Pro 11-inci (generasi 1)
  6. iPad Pro 12.9-inci (generasi 2)
  7. iPad Pro 12.9-inci (generasi 1)
  8. iPad Pro 10.5-inci
  9. iPad Pro 9.7-inci
  10. iPad (generasi 7)
  11. iPad (generasi 6)
  12. iPad (generasi 5)
  13. iPad Mini (generasi 5)
  14. iPad Mini 4
  15. iPad Air (generasi 3)
  16. iPad Air 2

Untuk mengenali lebih lanjut tentang fungsi baharu iOS 14 dan iPadOS 14, rujuk artikel kami di bawah ini.

BACA  Bug iOS 14 akan reset pelayar default anda selepas reboot