• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 14 dan iPadOS 14 Public Beta telah dibuka, ini cara memasangnya

  • OLEH Najib
  • 11:42 am
  • 10/07/2020
  • Komen
iOS 14 dan iPadOS 14 Public Beta telah dibuka, ini cara memasangnya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini telah membuka kepada awam untuk memuat turun sistem operasi (OS) terbaru mereka, iOS 14 dan iPadOS 14 Beta. Orang ramai boleh menguji sendiri OS terbaru ini sebelum ia dilepaskan secara rasmi dalam bentuk yang stabil.

Ini adalah peluang awal buat pengguna biasa iPhone yang tidak menyertai program Apple Developer, di mana ujian Beta ini telah dibuka sejak WWDC 2020 yang lepas. Sebagai OS yang masih diuji, anda perlu bersedia berhadapan dengan beberapa masalah yang timbul, selain dapat mencuba fungsi-fungsi baharu di dalamnya.



Sebab itu, sebelum memuat turun OS Beta ini, anda diberi amaran bahawa ini adalah OS yang masih diuji dan mengandungi pepijat yang mungkin tidak dibaiki sehingga tahap stabil dilepaskan. Ia mungkin memberi kesan kepada pengalaman penggunaan seperti App terhenti atau bateri cepat habis atau lain-lain masalah. Anda boleh membuat aduan jika berhadapan dengan masalah tersebut tetapi ia tidak dijamin akan terus dibaiki.

Kalau dah bersedia dan sanggup berhadapan risiko seperti di atas, maka anda boleh ikut langkah-langkah di bawah ini untuk menyertai program Beta iOS 14 dan iPadOS 14:



  1. Buka Safari di iPhone atau iPad anda dan pergi ke portal Apple Beta Software.
  2. Dari menu di atas, pilih “Enroll Your Devices“.
  3. Kemudian pilih iOS (iPhone) atau iPadOS (iPad) berdasarkan peranti anda. Ia akan memaparkan notis peringatan untuk membuat salinan peranti anda ke komputer macOS, jika mahu berpatah balik ke OS asal.
  4. Tatal ke bawah lagi sehingga berjumpa butang “Download Profile” dan tekan padanya. Akan keluar notis memberi amaran mengatakan laman web akan cuba memuat turun “Configuration Profile“. Pilih “Allow“. Akan keluar pula pop-up yang menyatakan anda boleh menetapkan profail baharu di dalam “Settings“.
  5. Buka “Settings” dan anda akan nampak bahagian baharu bertulis “Profile Downloaded” di atas. Pilih padanya dan tekan “Install“. Selepas itu anda sudah bersedia untuk memuat turun iOS 14 atau iPadOS 14 Beta.
  6. Anda boleh mula memuat turun iOS 14 atau iPadOS 14 Beta di bahagian “Software Update“. Pada waktu artikel ini ditulis, versi terbaru ialah iOS 14 Publis Beta 2 bersaiz 4.22GB.

Selamat menempuh hidup baharu dengan iOS 14 dan iPadOS 14 Beta. Ketahui lebih lanjut tentang fungsi-fungsi baharu di dalam iOS 14 di sini, dan iPad OS 14 di sini.

Sumber: The Verge

Tags: appleiOS 14iPad OS 14
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
iOS 14 dan iPadOS 14 Public Beta telah dibuka, ini cara memasangnya

iOS 14 dan iPadOS 14 Public Beta telah dibuka, ini cara memasangnya

10 July 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER