Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Watch akan dilancarkan di Malaysia bersama telefon Find X2 Pro berwarna baru

Oppo telah memberi petunjuk bahawa jam pintar mereka yang dikuasakan Wear OS, akan datang ke Malaysia tidak lama lagi. Kini mereka mengesahkan bahawa jam pintar ini akan dilancarkan bersama ketibaan warna baru telefon pintar Oppo Find X2 Pro, iaitu warna hijau vegan.

Majlis pelancaran kedua-dua produk baru Oppo ini akan diadakan pada hari Jumaat, 25 September 2020. Ia akan diadakan secara siaran langsung di media sosial dan turut menawarkan hadiah Oppo Watch, untuk penonton acara ini.

Jika belum kenal, Oppo Watch hadir dalam dua saiz, 41mm dan 46mm, dengan skrin AMOLED melengkung di kedua belah sisi. Hayat baterinya boleh bertahan sehingga 21 hari dengan mod jimat tenaga, atau 16 jam dalam mod biasa.

Jam ini dikuasakan oleh cip Snapdragon Wear 3100 dan Ambiq Apollo 3 Wireless. Selain pemantauan denyut nadi 24 jam, ia juga boleh memantau waktu tidur dan kalis air sehingga 5ATM.

Warna baru Oppo Find X2 Pro yang akan tiba ini dipanggil Green Vegan Leather, atau kulit vegan hijau. Ia memiliki kemasan tekstur yang sama seperti warna oren sedia ada, menjadi warna ketiga untuk Find X2 Pro selain warna hitam.

Find X2 Pro masih telefon pintar paling berkuasa dari Oppo. Ia memiliki cip Snapdragon 865 5G, RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.0 seluas 256GB. Skrinnya dari jenis OLED 120Hz, berukuran 6.67-inci dengan resolusi Quad HD.

Kameranya di belakang menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 48MP dan kamera telefoto periskop 13MP. Kamera hadapan pula 32MP, terletak di dalam lubang di atas skrin.

Bateri di dalamnya 4,260mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C. Di Malaysia, Find X2 Pro dijual pada harga RM4,599 dan dijangka mengekalkan harga sama untuk warna baru ini.

BACA  Air Selangor: Pencemaran sungai akibatkan gangguan bekalan air