Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Honor 9S, telefon termurah Honor dengan Magic UI terbaru telah tiba

Honor Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar mampu milik terbaru mereka, Honor 9S. Ia adalah telefon pintar Honor paling murah dijual masa kini, datang bersama sistem operasi terbaru, Magic UI 3.1 berasaskan Android 10.

Honor 9S akan dijual di Malaysia bermula hari Isnin, 28 September 2020. Harga jualannya di Malaysia hanyalah RM359, dan boleh dibeli dari Stor Online HiHonor, Stor Honor Experience, serta di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Sebagai promosi pengenalan, pembelian Honor 9S akan datang bersama hadiah percuma berupa flask Honor, storan awan Huawei Cloud 15GB serta baucar diskaun 10% Tien Tien Yogurt. Baucar ini boleh digunakan dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Berita baik untuk semua pengguna Honor sedia ada dan akan datang, tunjukkan sahaja telefon pintar Honor anda di mana-mana cawangan Tien Tien Yogurt dan anda boleh menikmati diskaun 10% untuk pembelian minuman di sana.

Telefon baru Honor ini tidak dilengkapi Google Mobile Services dan tiada aplikasi Google, termasuk Google Playstore. Honor 9S menggunakan Huawei AppGallery sebagai stor aplikasi utama.

Memandangkan Honor 9S adalah telefon pintar paling murah dalam keluarga Honor, tidak hairanlah jika ia tiada pengimbas capjari. Telefon ini memiliki cip Mediatek Helio P22, RAM 2GB dan storan 32GB. Ia ada slot khas kad mikroSD, boleh digunakan serentak bersama dua lagi kad sim.

Skrinnya berukuran 5.45-inci dengan resolusi HD 720p, tanpa takuk kerana memiliki bingkai besar untuk kamera hadapan. Kamera belakangnya 8MP manakala kamera hadapan 5MP. Baterinya sebesar 3,020mAh dengan pengecasan 5W melalui mikroUSB.

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Honor 9S iaitu hitam, merah dan biru.

BACA  [email protected] 2020: Berikut adalah kemas kini Acer ke atas laptop siri Swift, Spin, dan Aspire