Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Oppo Watch dan Oppo Find X2 Pro Green Vegan Leather, dilancar dalam kombo eksklusif

Oppo hari ini melancarkan dua produk baru mereka, jam pintar Oppo Watch dengan Wear OS serta warna baru untuk telefon pintar Find X2 Pro, Green Vegan Leather. Oppo turut menawarkan pakej gandingan untuk kedua-dua produk ini, pada harga yang lebih menarik.

Oppo Watch diperkenal dalam dua saiz, 41mm dan 46mm dengan kebolehan WiFi sahaja, tiada sambungan LTE. Oppo Watch 41mm berharga RM899 manakala Oppo Watch 46mm pula berharga RM1,299.

Oppo Watch akan mula dijual di Malaysia pada 3 Oktober, tetapi tempahan awal dibuka dari 25 September sehingga 2 Oktober 2020. Pembelian dalam tempoh tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma berupa 2 tali jam tambahan, bernilai RM159.

Oppo juga menambah tawaran untuk 50 pelanggan terawal di Lembah Klang. Pelanggan terawal dalam tempoh tempahan awal akan menerima 1 gelang tangan eksklusif, yang direka oleh artis grafiti tempatan terkenal, Katun. Pelanggan boleh mengambil peranti tempahan mereka bersama gelang tangan eksklusif oleh Katun yang diukir nama mereka, dengan segera di Kedai Flagship OPPO, The Gardens Mall pada 3 Oktober bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk Oppo Find X2 Pro Green Vegan Leather pula, ia tidak dijual secara bersendirian. Sebaliknya ia harus dibeli bersama Oppo Watch 46mm Vegan Leather, dengan harga jualan yang lebih murah. Harga set kombo ini hanyalah RM5,399. Set kombo ini menyediakan jam pintar OPPO Watch 46mm, bersama-sama tali jam tambahan bernilai RM159, dan juga telefon pintar OPPO Find X2 Green Vegan Leather eksklusif.

Oppo turut memberikan storan awan Oppo Cloud sebanyak 120GB selama 6 bulan secara percuma, yang boleh ditebus di aplikasi My Oppo. Set kombo Vegan Leather ini boleh dibeli di semua kedai jenama Oppo, kedai atas talian rasmi Oppo dan pengedar rasmi Oppo terpilih.

BACA  Fon kepala Oppo Enco W51 dengan ANC dan pengecas wayarles akan tiba ke Malaysia

Cabutan Bertuah My Oppo

Selain memperkenal produk baru, Oppo turut mengumumkan pertandingan My Oppo App Lucky Raffles, berjalan dari 25 September sehingga 2 Oktober 2020. Cabutan bertuah ini boleh diperolehi dengan membelanjakan 50 mata ganjaran di dalam aplikasi My Oppo dan pengguna berpeluang memenangi hadiah berupa Oppo Watch 46mm, Oppo Watch 41mm, Baucar Oppo dan Baucar Zalora.

Oppo turut menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk membeli Oppo Watch, dengan menebus menggunakan 1 mata sahaja. Semua pengguna telefon pintar Oppo digalakkan untuk memuat turun aplikasi My Oppo dan mendaftar untuk menikmati semua tawaran dari Oppo.

Oppo Watch

Jika belum kenal, Oppo Watch hadir dalam dua saiz, 41mm dan 46mm, dengan skrin AMOLED melengkung di kedua belah sisi. Hayat baterinya boleh bertahan sehingga 21 hari dengan mod jimat tenaga, atau 16 jam dalam mod biasa.

Jam ini dikuasakan oleh cip Snapdragon Wear 3100 dan Ambiq Apollo 3 Wireless. Selain pemantauan denyut nadi 24 jam, ia juga boleh memantau waktu tidur, penjejakan lokasi dengan GPS terbina dan kalis air sehingga 5ATM.

Dengan sistem operasi Wear OS, Oppo Watch boleh mengakses pelbagai aplikasi di Google Playstore, serta menggunakan pelbagai perkhidmatan Google seperti Google Pay, Assistant dan Play Music. Ia turut menyokong pengecasan pantas Watch VOOC, dengan pengecasan penuh mengambil masa 75 minit manakal 46% hanya 15 minit.

Oppo Find X2 Pro

Green Vegan Leather menggunakan kemasan yang sama seperti Orange Vegan Leather, kini di dalam warna hijau. Semua spesifikasinya adalah sama seperti Find X2 Pro sedia ada iaitu kuasa pemproses Snapdragon 865, RAM 12GB dan storan dalaman 512GB.

BACA  Oppo A93: Maklumat penjualannya di Malaysia

Skrinnya dari jenis OLED, berukuran 6.67-inci 120Hz beresolusi QHD+. Bateri pula seluas 4,260mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Kamera belakangnya menggabungkan kamera utama 48MP F1.7 Sony IMX689, kamera ultralebar 48MP F2.2 Sony IMX586, dan kamera telefoto periskop 13MP dengan zum digital sehingga 60x. Kamera hadapannya 32MP F2.4, terletak di dalam lubang di atas skrin.