Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Talian Yoodo lenyap lagi, pengguna diminta ‘restart’ telefon

Bagai jatuh ditimpa tangga. Baru sebulan lepas pengguna Yoodo berdepan gangguan perkhidmatan kerana masalah di rangkaian Celcom, hari ini mereka bersendirian apabila tidak dapat menggunakan internet. Masalah ini diakui sendiri oleh Yoodo sekitar 3 petang tadi.

Beberapa pengguna Yoodo mula bertanya di media sosial perihal baris signal Yoodo yang tidak kelihatan di sudut atas telefon pintar mereka. Ada yang bertanyakan Celcom tentang masalah Yoodo, kerana Yoodo menggunakan rangkaian Celcom untuk perkhidmatan mereka.

Tetapi masalah yang sama tidak pula dihadapi pengguna Celcom. Malah, Celcom juga menyatakan mereka tidak ada gangguan rangkaian, kecuali di Sungai Buloh. Bermakna, gangguan kali ini eksklusif diberikan kepada pengguna Yoodo.

Bagaimanapun pihak Yoodo telah memuat naik status sekitar pukul 3.30 petang menyatakan bahawa masalah tersebut telah diatasi. Yoodo juga menasihatkan pengguna agar mematikan dan menghidupkan semula peranti mereka, serta memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna dan berterima kasih kerana bersabar.

Tahun lepas, Yoodo pernah menawarkan gantirugi dalam bentuk 3GB data percuma apabila terdapat gangguan di rangkaian mereka. Tetapi tahun ini tiada gantirugi diberikan walaupun beberapa kali gangguan rangkaian berlaku. Sudah lama juga tiada promosi baru dari Yoodo, tetapi mereka masih mengekalkan promosi 20GB RM20 yang dibuat sejak Mac lepas.

BACA  PKPB Lembah Klang: Ini Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan dalam masa 14 hari akan datang

Pengguna Yoodo, adakah anda masih dapat memaafkan Yoodo dan memberi lagi peluang buat kali yang entah ke berapa?