Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Mi Watch, ahli baru dalam lautan produk jejak kecergasan Xiaomi diumum

Agak memeningkan penawaran jam tangan dengan fungsi jejak kesihatan daripada Xiaomi. Mereka baru saja lancarkan Mi Watch Resolve di India tapi sehari kemudian mereka lancarkan Mi Watch. Awal tahun lalu, mereka ada lancarkan Mi Watch Color. Ketiga-tiga produk ini miliki specs yang sama.

Mi Watch, menampilkan rekaan jam tangan konvesional dengan muka berbentuk bulat. Mukanya ada paparan AMOLED sebesar 1.39” pada resolusi 454p.

Ia ada segala ciri keselamatan yang kebanyakkan produk jejak kecergasan ada. Anda ada pengesan nadi PPG yang boleh ukur tahap SpO2. Kemudian anda ada akselerometer dan giroskop untuk jejak langkahan anda. Kemudian, anda ada sensor geomagnet dan GPS untuk pungut data lokasi.

Ia ditambat pada telefon melalui sambungan Bluetoth 5.0 BLE. Tidaklah diketahui sama ada ia akan gunakan APP Mi Wear ataupun masih gunakan Mi Fit.

Xiaomi war-warkannya miliki hayat bateri lebih 2 minggu mengikut pola penggunaan. Miliki bateri 420mAh, ia adalah kapasiti bateri ketiga-tiga jam tangan yang saya sebutkan di permulaan artikel ini.

Mi Watch ini akan dipasarkan dalam pasaran Eropah terpilih pada harga EUR99.(RM482.31).

BACA  Apa yang boleh anda beli dengan RM460 selain burger?