• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 8T ditayang pada umum seminggu sebelum perasmian

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:12 am
  • 09/10/2020
  • Komen
OnePlus 8T ditayang pada umum seminggu sebelum perasmian
Share on FacebookShare on Twitter

Seminggu sebelum pelancaran OnePlus 8T, pengeluarnya sudahpun memperagakan rupa telefon yang bakal tiba tak lama lagi itu. OnePlus dijadualkan diumumkan secara rasmi pada 15 Oktober 2020.

Sekilas pandang, ia tidak lagi mewarisi fizikaliti OnePlus 8 lagi. Misalnya di OnePlus 8, kamera belakangnya diatus di bahagian tengah tapi OnePlus 8T gunakan susunan kamera di penjuru kira, sama seperti kebanyakan telefon tahun 2020. Konfigurasi sebegini digunakan pada telefon seperti Realme 7 Pro dan Oppo A93 dan ia tak menghairankan sebab OnePlus, Realme, dan OPPO di China dimiliki BBK Electronics.



Ia tidak diberikan paparan dengan sisi melengkung sebaliknya mendatar yang menampakkan bingkai nipis telefon tersebut. Spekulasi menyatakan yang ia ada refresh rate 120Hz. Selain itu, OnePlus juga bakal gunakan khidmat Snapdragon 865, RAM sebesar 8GB, dan pengecasan pantas 65W untuk memancing peminat OnePlus mendapatkannya.

OnePlus 8 | 8 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Maklumat sistem pengimejan tidak pula diketahui. Tapi anda boleh jangkakan konfigurasi standard 48MP, 16MP (ultralebar), dan 2 kamera 2MP untuk “hiasan”.



Daripada sudut harga, ramalan kami adalah disekitar RM2,500 untuk varian paling murah. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga OnePlus 8 dan Oneplus 8 Pro sewaktu dilancarkan di Malaysia:

  • OnePlus 8 (8GB RAM + 128GB ROM) – RM2899
  • OnePlus 8 (12GB RAM + 256GB ROM) – RM3299
  • OnePlus 8 Pro (8GB RAM + 128GB ROM) – RM3699
  • OnePlus 8 Pro (12GB RAM + 256GB ROM) – RM4099
Tags: OnePlusOnePlus 8T
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus 8T ditayang pada umum seminggu sebelum perasmian

OnePlus 8T ditayang pada umum seminggu sebelum perasmian

9 October 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN