Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengasas OnePlus dilaporkan lepaskan jawatan dan tinggalkan syarikat

OnePlus ada dua orang pengasas bersama, satu ialah Pete Lau dan yang kedua ialah Carl Pei. Setelah tujuh tahun dalam OnePlus, Carl Pei dikhabarkan tidak lagi bersama syarikat tersebut.

Tiada sebab khusus dinyatakan sama ada dia dipecat ataupun dinasihatkan untuk keluar. Hal ini kerana, tiada sebab pun untuk Carl Pei angkat kaki sebab tiada masalah besar pun sedang dihidapi OnePlus lebih-lebih lagi dengan pelancaran siri baru OnePlus Nord.

Carl Pei bertanggungjawab ke atas siri OnePlus Nord

Setelah berita itu tersebar, ramailah yang berspekulasi tentang kemanakah arah tuju Carl Pei selepas ini. Dalam entri blog miliknya yang bertarik 29 September 2020, dia ada menyebut Samsung sebanyak 5 kali tentang minatnya untuk menyertai gergasi Korea itu untuk pelajari bagaimana Samsung lakukan penskalaan.

Rentetan daripada perpisahan Carl Pei dengan OnePlus, terdapat rombakan di bahagian pihak pengurusan OnePlus Global. Emily Dai dilapor mengambil alih teraju pembangunan OnePlus Nord daripada Pei.

Sumber

BACA  Panasonic umum LUMIX BGH1, kamera kotak yang ada kegunaan khusus