Pada akhir bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Program Subsidi Upah (PSU) versi 2.0, menerusi Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin, atau KITA Prihatin.
BPN 2.0 menyediakan bantuan wang tunai kepada 4 kategori penerima yang sama seperti BPN pertama iaitu:
- Bujang B40 (pendapatan RM2,000 ke bawah)
- Bujang M40 (pendapatan RM4,000 ke bawah)
- Keluarga B40 (pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah)
- Keluarga M40 (pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah)
Peruntukan wang tunai untuk BPN 2.0 berbeza dari dulu, di mana ia dikurangkan. Tetapi ia menggunakan data dan maklumat peribadi penerima dari BPN 1.0, untuk pengesahan kategori dan pemberian tunai ke akaun bank.
Pemberian akan dibuat dalam dua fasa, pertama pada bulan Oktober dan kedua pada Januari 2021. Jumlah pemberian dan fasa pemberian adalah seperti berikut:
Orang ramai boleh mula menyemak bermula 15 Oktober 2020, sama ada mereka layak menerima BPN 2.0 dan kategori penerimaan, menerusi portal rasmi BPN di alamat bpn.hasil.gov.my
Pembayaran akan dibuat terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan di dalam pengkalan data BPN. Jika bayaran gagal atau tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan nasional (BSN).
Permohonan Baru BPN 2.0
Jika anda tidak menerima BPN 1.0 tetapi memenuhi syarat kelayakan untuk menerima BPN 2.0, anda boleh membuat permohonan baharu, bermula dari 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Kategori penerima BPN 2.0 adalah seperti berikut:
Kategori B40
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan kebawah.
- Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Kategori M40
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.
- Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
- Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
Permohonan boleh dibuat dalam talian menerusi portal BPN. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang yang dimuat turun di sini, dan menghantar ke mana-mana cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau UTC Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Permohanan baru yang lulus, akan menerima bantuan wang tunai sekaligus, pada bulan Januari 2021.
Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan mengenai permohonan baru BPN 2.0, menerusi soalan lazim (FAQ) di sini. Beberapa jawapan kepada persoalan lazim mengenai BPN 2.0 sendiri boleh dirujuk di sini.