Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Fujifilm X-S10, Fuji bawah RM5,000 pertama yang ada IBIS

Fujifilm X-S10 ini seperti rekarnasi siri X-S kerana dalam tahun 2011, Fujifilm ada FinePix X-S1 yang merupakan kamera jenis bridge. Tapi sejak tu, berduyun-duyun pelapis baru hadir seperti siri X, X-M, X-E, X-T, X-Pro dan X-H.

Daripada segi harierki, saya nampak ia berada dibawah X-T4 dan dalam kalangan X-T30 ataupun diatas X-E yang sudah lama tidak dikemas kini Fujifilm.

X-S10 mewarisi jantung X-T4 tapi dalam badan yang lebih dipermudah. Sunguhpun fizikalitinya lebih ringkas, ia masih mengekalkan penstabil imej dalam badan (IBIS), lantas jadikannya kamera mid-range pertama Fujifilm yang ada IBIS.

Badannya lebih minimalistik kerana bilangan butang fizikal nyata dikurangkan. Mungkin ia juga ditujukan pada golongan hybrid shooter, yang suka tangkap gambar dan rekod video.

Saya gemari badan berkontur yang selesa untuk dipegang. Tak perlu beli aksesori tambahan untuk berikan grip yang lebih baik pada kamera ini.

Ia juga terima sensor X Trans CMOS X-T4 yang anda boleh jangkakan hasil gambar yang setara. Berikut adalah spesifikasi teknikal Fujifilm X-S10:

  • Sensor APS-C 26MP
  • Kaki lensa X
  • EVF 2.36MP
  • Paparan LCD 3.0” pada resolusi 1MP dan boleh kilas kedepan
  • ISO natif antara 160 hingga 12.8K
  • ISO boosted antara 80 hingga 512K
  • Penstabil imej dalam badan 5 paksi sehingga 6 stops
  • Rakaman video sehingga [email protected], [email protected]
  • Ketersambungan Wi-Fi 2.4G, USB-C, HDMI mikro, Bluetooth, dan jek mikrofon 3.5mm
  • Bateri NP-W126S dengan skor CIPA 325

Dalam pasaran A.S sana, Fujifim X-S10 dijual pada harga USD999 (RM4,150) untuk badan sahaja. Untuk perbandingan, X-T4 dijual pada harga RM8,388 manakala X-T30 pada RM3,888, untuk badan sahaja di Malaysia.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  DJI Mini 2 dijual sebelum diumumkan?