Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Fon telinga Jabra Elite 75t & Elite Active 75t terima naik taraf ANC percuma

Jabra telah melancarkan fon telinga Elite 75t pada awal tahun ini, diikuti versi aktif, Elite Active 75t pada bulan Jun. Kedua-dua fon telinga ini tidak memiliki fungsi penyaring hingar aktif (ANC) pada awalnya, tetapi kini ia telah ditambah.

Jabra hari ini mengumumkan bahawa fungsi ANC akan ditambah ke fon telinga Elite 75t dan Elite Active 75t menerusi kemaskini ‘firmware‘ terbaru, di aplikasi Sound+. Penambahan fungsi ini diberikan secara percuma kepada semua pengguna.

Menurut Jabra, penambahan ANC ke dalam Elite 75t dan Elite Active 75t berjaya dicapai melalui kejuruteraan Jabra pada teknologi Qualcomm. Ia memperguna kelebihan pemproses audio digital termaju yang sedia ada di dalam fon telinga tersebut, digabungkan dengan kepakaran Jabra di dalam dunia ANC untuk direalisasikan.

Semua stok terbaru fon telinga Jabra Elite 75t dan Elite Active 75t, akan datang siap dengan teknologi ANC bermula Oktober 2020.

Hayat bateri tanpa mengaktifkan ANC masih kekal dengan 7.5 jam bermain muzik dan 28 jam bersama bekas pengecas. Manakala dengan ANC aktif, ia boleh memberi tenaga sehingga 5.5 jam dan 24 jam bersama bekas pengecas.

Perbezaan antara kedua-dua fon telinga ini ialah tahap kalis airnya. Jabra Elite 75t diikitiraf kalis air dan pelu IP55, manakala Jabra Elite Active 75t diikitraf IP57, boleh masuk ke dalam air sehingga 1 meter selama 30 minit.

Jika anda berminat, harga jualan Jabra Elite 75t dan Elite Active 75t di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Jabra Elite 75t – RM 949
  • Jabra Elite 75t WLC (Pengecas Wayarles) – RM 999
  • Jabra Elite Active 75t – RM 999
  • Jabra Elite Active 75t WLC (Pengecas Wayarles) – RM 1,049
BACA  2 Laptop pertama Lenovo dengan Thunderbolt 4 masuki Malaysia

Semua produk Jabra boleh didapat di cawangan All IT Hypermarket, Harvey Norman, serta di Stor Rasmi Jabra di Lazada dan Shopee. Maklumat lanjut mengenai produk boleh di dapati di laman web Jabra APAC.