• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 7 Pro Edisi Istimewa akan datang minggu ini

  • OLEH Najib
  • 4:07 pm
  • 26/10/2020
  • Komen
Realme 7 Pro Edisi Istimewa akan datang minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Realme 7 Pro telah dilancarkan di Malaysia sebulan yang lepas dan kini, Realme Malaysia mahu membawa pembaharuan dengan memperkenalkan edisi khas. Edisi khas ini dinamakan Realme 7 Pro Special Edition Horizon Orange, dengan kemasan kulit vegan yang sama seperti di Oppo Find X2 Pro.

Edisi khas Realme 7 Pro ini memiliki badan belakang yang diselaputi kulit vegan dua tona, berwarna oren dan putih. Ia melalui proses penghasilan 14-langkah termasuk memotong, serta tekanan panas dan sejuk, untuk mengubah kulit asli kepada hasil akhir.



Lain-lain perkara adalah sama seperti Realme 7 Pro sebelum ini, termasuk harganya. Realme 7 Pro Special Edition Horizon Orange, akan dijual di Malaysia bermula dari 28 Oktober 2020, secara eksklusif di Shopee. Harga jualannya kekal RM1,499 sahaja.

Realme 7 Pro ini dikuasakan cip Snapdragon 720G yang sama dengan Realme 6 Pro, bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Pembaharuannya ialah di skrin, di mana ia kini menggunakan skrin Super AMOLED 6.4-inci HD Penuh, tetapi dengan kadar penyegaran 60Hz, bukan 90Hz.



Bateri di dalamnya sebesar 4,500mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperDart Charge 65W, berupaya mengecas dari 0-100% dalam 34 minit sahaja. Ia masih mengekalkan jek audio 3.5mm dan dilengkapi speaker stereo.

Untuk kamera, ia ada empat kamera belakang iaitu kamera utama 64MP, kamera ultralebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan, ia hanya ada satu kamera iaitu kamera 16MP, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Tags: Realmerealme 7 pro
Najib

Najib

POPULAR

Realme 7 Pro Edisi Istimewa akan datang minggu ini

Realme 7 Pro Edisi Istimewa akan datang minggu ini

26 October 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN