Tempahan iPhone 12: Ini senarai saluran yang tawarkannya

Keluarga iPhone 12 akan mula dijual di Malaysia pada 13 November 2020. Tapi, tempahannya akan dimulakan pada 6 November 2020, 9:00 malam. Kalau anda bercadang nak dapatkan seunit iPhone 12, ini maklumat yang perlu anda ketahui.

Harga jualan iPhone 12 di Malaysia

Kesemua varian iPhone 12 akan tiba di Malaysia dan berikut adalah tanda harga yang dimiliki setiap varian:

5.4″ iPhone 12 mini

  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099

6.1″ iPhone 12

  • 64GB – RM3,899
  • 128GB – RM4,099
  • 256GB – RM4,599

6.1″ iPhone 12 Pro

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,299

6.7″ iPhone 12 Pro Max

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,699

Perkara ini adalah berita baik buat pengguna Malaysia. Hal ini kerana, pasaran kita adalah antara yang terawal menerimanya. Ada antara pasaran yang hanya terima iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Mini pada hari yang lain.

Beli daripada telco

Empat telco utama kita menawarkan iPhone 12 dengan kontrak. Mereka ialah:

Kebiasaannya, ada dua cara anda dapatkan. Cara yang pertama adalah anda beroleh telefon percuma tapi anda perlu langgan pelan pascabayar bersama-sama sedikit premium. Cara yang kedua adalah anda beli terus iPhone 12 pada harga subsidi tapi anda juga perlu langgan pelan pascabayar selama 2 tahun.

Beli tanpa kontrak

Kalau tak mahu terikat dengan kontrak 2 tahun, anda boleh beli terus daripada pengedar sah Apple ataupun terus daripada Apple bermula 13 November 2020. Antara yang tawarkan iPhone 12 secara dalam talian ialah: