• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pencemaran air Sungai Selangor berasal dari loji IWK, ada unsur sabotaj

  • OLEH Najib
  • 9:43 am
  • 11/11/2020
  • Komen
Pencemaran air Sungai Selangor berasal dari loji IWK, ada unsur sabotaj
Share on FacebookShare on Twitter

Penduduk di Lembah Klang terpaksa berhadapan gangguan air sekali lagi bermula petang semalam, akibat pencemaran air ditemui di Sungai Selangor. Ini mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas untuk kerja-kerja pembersihan.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian telah menyatakan kepada media bahawa pencemaran tersebut berasal dari loji Indah Water Konsortium (IWK) GBK 225, di Taman Velox, Rawang.



Exco Selangor, Hee Loy Sian. Sumber: Malay Mail

Siasatan yang dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati discaj efluen tersebut akibat daripada pelepasan tanpa kebenaran/illegal discharge ke lurang berhampiran.

“LUAS telah menerima laporan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. berhubung LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 12.20 tengah hari, dan LRA SSP1, SSP2 serta SSP3 pada jam 1 tengah hari tadi ekoran insiden pencemaran bau yang telah dikesan di Sungai Selangor. Bau sehingga 8 TON dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang dan LRA SSP1, SSP2 dan SSP3 pada tahap 4 ton,” katanya menerusi sidang media yang diadakan di Loji Rawatan Kumbahan Taman Velox, Rawang.



Siasatan awal mendapati, pencemaran ini berlaku sekitar pukul 7 pagi hingga 10 pagi pada 10 November 2020. Beliau menambah, unsur sabotaj mungkin berperanan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana dalang yang melakukannya.

Beberapa hari lepas, Kerajaan Selangor telah meluluskan pindaan enakmen LUAS, yang memberi denda lebih berat dan penjara mandatori kepada pesalah yang mencemarkan sungai. Kerajaan Selangor juga telah memperuntukkan RM2 juta untuk operasi pemantauan dron bagi mengelakkan hal yang sama berulang.

Bekalan air dijangka akan mula diterima oleh para pengguna pada jam 3.00 petang ini secara berperingkat-peringkat. Pelan pemulihan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di semua platform komunikasi Air Selangor termasuk https://t.co/dRHh3cWCRK pic.twitter.com/qZXni2FS0c

— Air Selangor (@air_selangor) November 10, 2020

Sehingga pagi ini, kesemua LRA SSP1, SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang, telah mencatatkan bacaan 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut. Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan sebelum bekalan air dapat diagihkan kepada para pengguna. Bekalan air dijangka akan mula diterima oleh pengguna pada jam 3.00 petang ini secara berperingkat-peringkat.

Sumber: Sinar Harian, Malay Mail

Tags: air selangorHee Loy Sian
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pencemaran air Sungai Selangor berasal dari loji IWK, ada unsur sabotaj

Pencemaran air Sungai Selangor berasal dari loji IWK, ada unsur sabotaj

11 November 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN