• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi terbaru Yoodo sediakan data 2x ganda bermula 1 Disember

  • OLEH Najib
  • 9:27 am
  • 23/11/2020
  • Komen
Promosi terbaru Yoodo sediakan data 2x ganda bermula 1 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

Promosi Yoodo 20GB hanya RM20 sejak Mac lepas, akan tamat pada hujung bulan November. Selepas itu, Yoodo menawarkan promosi baru iaitu data digandakan, pada Disember 2020.

Dipanggil sebagai Promosi Data Double, pengguna Yoodo boleh melihat promosi baru ini dan melanggannya bermula dari 1 Disember 2020. Promosi ini berlaku untuk pelan 5GB dan ke atas sahaja. Harga kuota data berkelajuan tinggi Yoodo dalam promosi ini adalah seperti berikut:



  • 2GB – RM12
  • 5GB 10GB – RM25
  • 10GB 20GB – RM35
  • 15GB 30GB – RM40
  • 20GB 40GB – RM48
  • 30GB 60GB – RM58
  • 40GB 80GB – RM68
  • 50GB 100GB – RM78
  • 75GB 150GB – RM88
  • 100GB 200GB – RM98

Untuk pengguna Yoodo sedia ada, anda tidak perlu berbuat apa kerana data diganda ini akan diberikan secara automatik, untuk pembaharuan pelan selepas 1 Disember 2020. Jika anda langgan pelan data 5GB, maka anda akan menerima kuota 10GB untuk pembaharuan selepas 1 Disember.

Tetapi sila ambil perhatian untuk pengguna yang melanggan pelan data 20GB. Harganya akan berubah kepada biasa iaitu RM48, bukan lagi harga promosi RM20. Jika anda tidak mahu membayar harga baru, pastikan anda telah mengubah pelan anda sekarang sebelum kitaran akan datang. Untuk menerima 20GB data, bolehlah melanggan kuota 10GB dengan data diganda, tetapi harganya adalah RM35/bulan.



Promosi Data Double Yoodo berlangsung dari 1 Disember 2020, sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Masih tidak ditetapkan tarikh akhirnya, sama macam promosi 20GB RM20 sebelum ini. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web Data Double Yoodo dan ruangan soalan lazim FAQ.

Pelan Unlimited Yoodo

Selain data berkelajuan tinggi, Yoodo juga ada menawarkan pelan data tanpa had dengan kelajuan disekat. Boleh pilih kelajuan 3Mbps berharga RM35/bulan, atau 6Mbps berharga RM43/bulan.

Jika anda perlukan data yang sangat banyak untuk waktu singkat, boleh melanggan Yoodo Power Pass yang memberikan 100GB data berkelajuan tinggi, berharga RM2 untuk 1 jam, atau RM5 bagi 3 jam. Yoodo juga menyediakan pelbagai add-on untuk media sosial, game, video, muzik dan lain-lain pada harga yang menarik.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

[Sumber: Yoodo]

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Promosi terbaru Yoodo sediakan data 2x ganda bermula 1 Disember

Promosi terbaru Yoodo sediakan data 2x ganda bermula 1 Disember

23 November 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN