4 Game Sangat Menarik Dimainkan di iPhone

(Artikel ini dibawakan oleh Celcom)

Jika anda suka bermain game di telefon pintar, Apple Arcade adalah satu pilihan yang menarik. Ia merupakan satu bentuk langganan permainan video oleh Apple, yang menyediakan ratusan tajuk permainan dan boleh dimainkan di iPhone.

Memang banyak sangat tajuk permainan di dalam Apple Arcade. Jika anda rambang mata untuk memilihnya, kami cadangkan 4 tajuk ini untuk dimainkan. Sangat menarik.

1. What The Golf

Nama sahaja golf, tetapi ia sangat sesuai dimainkan semua lapisan usia termasuk mereka yang tidak meminati golf, atau tidak tahu tentang golf. Permainan ini menggunakan fizik bermain golf, iaitu memukul dan melayang.

Tetapi permainan ini lain dari yang biasa kerana anda tidak sahaja memukul bola golf, tetapi ada bermacam benda untuk dipukul disediakan. Antaranya ialah roti, meja, rumah, kayu golf dan diri sendiri. Macam pelik kan, tapi sangat menghiburkan kerana anda pasti tidak sangka tentang banyak benda yang boleh dipukul seperti bola golf.

Pautan: https://apps.apple.com/us/app/what-the-golf/id1415190483

2. Hot Lava

Semasa kecil, pasti anda pernah bermain melompat di rumah dari kerusi ke meja. Kalau terpijak lantai, dikira mati. Permainan ini membawa anda kembali ke kenangan tersebut dengan menggunakan lava gunung berapi.

Anda di rumah dan lantai rumah ialah lava panas. Beberapa misi perlu diselesaikan dengan melompat di atas semua benda yang ada di rumah, kecuali lantai yang penuh dengan lava.

Pautan: https://apps.apple.com/us/app/hot-lava/id1469252166

3. Pacman Party Royale

Pasti ramai yang kenal dengan Pacman, objek bulat berwarna kuning yang memakan titik lampu berkelip. Secara asasnya itulah yang dibawakan Pacman Party Royale (PR) tetapi dengan suasana lebih canggih. Boleh main sebagai Pacman, atau jadi hantu.

Pacman PR turut memiliki kebolehan pelbagai pemain, jadi anda boleh mengajak rakan untuk bermain bersama dan bertanding siapa yang paling lama bertahan dan mendapat mata tertinggi.

Pautan: https://apps.apple.com/us/app/pac-man-party-royale/id1465543094

4. Sonic Racing

Larian si landak Sonic dan lumba kereta, gandingan yang pasti menyeronokkan. Kawal stering anda dan kumpul sebanyak mungkin cincin emas. Sambil itu, boleh lontarkan peluru untuk merampas cincin emas lawan.

Ajak ahli keluarga atau rakan untuk berlumba bersama. Malah, ia boleh dimainkan tanpa sambungan ke internet.

Pautan: https://apps.apple.com/us/app/sonic-racing/id1358659909

Dapatkan iPhone 12 dari RM99/bulan

Tak ada iPhone? Jangan risau, anda boleh memiliki iPhone 12 terbaru dari serendah RM99/bulan dari Celcom, untuk bermain permainan Apple Arcade ini. Celcom juga menawarkan iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, melalui ansuran mudah Celcom EasyPhone dan pelan Celcom Mega.

Dengan mendapatkan iPhone 12 di Celcom, anda juga layak menerima langganan iCloud 50GB selama 3 bulan, serta langganan Apple TV+ selama 12 bulan, kedua-duanya secara percuma.

Lebih menarik lagi, anda boleh melengkapkan pemilikan produk Apple di Celcom. Dapatkan Apple Watch SE atau AirPods Pro secara ansuran, bersama iPhone 12 pilihan anda.

Tunggu apa lagi. Segera ke Celcom Online Shop sekarang untuk mendapatkan iPhone 12 dan aksesori Apple idaman anda.