Vaksin COVID-19 di Malaysia: Perkara yang anda perlu tahu

Pada 27 November 2020, Perdana Menteri Malaysia telah keluarkan kenyataan media tentang perjanjian pembelian awal vaksin COVID-19 daripada Pfizer.

Sebanyak 12.8 juta dos telah dipesan dan ia meliputi 20 peratus populasi Malaysia ataupun 6.4 juta individu kerana 2 dos diperlukan untuk satu individu.

Selain Malaysia, ada beberapa negara lain juga meletakkan pesanan vaksin daripada Pfizer. Peru misalnya, telah memesan 9.9 juta dos daripada Pfizer dan 13.2 juta dos lagi akan dipesan melalui COVAX Facility yang turut disertai Malaysia. US juga memesan daripada sumber yang sama sebanyak 100 juta manakala Japan sebanyak 120 juta.

Malaysia juga sedang mengintai beberapa sumber berpotensi untu beroleh vaksin. Contohnya, menerusi inisiatif Kerajaan-dengan-Kerajaan (G2G) Malaysia bersama negara China sedang menguji satu calon vaksin dalam fasa 3 Clinical Trial.

Penyertaan Malaysia dalam COVAX

Dalam hal yang berkaitan, Khairy Jalaluddin turut berkongsi tentang penyertaan Malaysia dalam COVAX Facility, inisiatif perolehan vaksin COVID-19 berskala global yang diwujudkan oleh entiti seperti:

  • World Health Organization
  • Unicef
  • Bill & Melinda Gates Foundation
  • The World Bank

Antara kemudahan yang bakal diperoleh Malaysia adalah seperti:

  • Penyediaan dos merangkumi sekurang-kurangnya 20% daripada populasi negara peserta
  • Portfolio vaksin dikawal selia pihak COVAX secara aktif
  • Vaksin dihantar ke negara peserta sejurus bekalannya ada

Bagi memastikan Malaysia berada dalam lingkungan COVAX Facility, negara kita akan mengeluarkan USD22.6 juta (~RM94 juta) sebagai bayaran pendahuluan serta bayaran risk sharing guarantee.

Pfizer bukanlah satu-satunya sumber vaksin

COVAX Facility misalnya, mereka telah memesan stok vaksin dari beberapa sumber. AstraZeneca/University of Oxford akan bekalkan 300 juta dos manakala 200 juta lagi akan dibekalkan oleh Sanofi dan GlaxoSmithKline.

Sputnik V adalah vaksin COVID-19 daripada Russia dan India akan jadi hub pengeluaran vaksin. Untuk permulaan, 100 juta dos akan dikeluarkan dari kemudahan pengeluaran India.

Masalah terbesar vaksin COVID-19

Setakat artikel ini ditulis, tiada vaksin COVID-19 yang terima perakuan daripada mana-mana badan kawal selia mana-mana negara. Yang ada cuma beberapa calon vaksin yang katanya telah melalui fasa 3 Clinical Trial dan semuanya adalah kenyataan yang dikeluarkan pengeluar masing-masing, bukannya pihak ketiga.

Vaksin Sputnik V dilaporkan pengeluarnya miliki keberkesanan setinggi 92% . Pfizer mengumumkan yang vaksin mereka selesai fasa 3 pada keberkesanan 90% .
Vaksin daripada kerjasama Sanofi dan GSK pula masih dalam fasa 1/2 Clinical Trial setakat 3 September 2020.

China adalah yang terawal mulakan kajian pengasilan vaksin tapi kelihatan ketinggalan berbanding pesaing yang bermula lebih lewat. Misalnya, ujian klinikal di Brazil menggunakan vaksin keluaran Sinovac terpaksa dihentikan kerana dikesan beri kesan negatif pada sukarelawan. Tapi jangan risau, vaksin yang sedang jalani Clinical Trial Fasa 3 di Malaysia adalah keluaran Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences.

Sebab itulah dalam keyataan media yang saya rujuk di awal artikel ini, ia adalah perjanjian bersyarat. Syarat yang dikenakan adalah ia perlulah mendapat kelulusan daripada:

  • Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA)
  • Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

Makanya, jangan mula alpa daripada mengamalkan Norma Baru kerana sungguhpun macam ada sinar di hujung terowong, kita masih belum keluar daripada terowong ini.