• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Tali Apple Watch ini ada dua kamera. Tapi, praktikalkah?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:18 pm
  • 07/12/2020
  • Komen
Tali Apple Watch ini ada dua kamera. Tapi, praktikalkah?
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda rasa Apple Watch anda tak cukup gempak, mungkin ada boleh gantikan talinya dengan tali daripada Wristcam. Ia berikan fungsi tambahan berupa sepasang kamera yang boleh anda guna untuk ber-vlogging.

Tali jam ini boleh digunakan untuk Apple Watch Series 4 dan keatas.



Benda itu  bukannya murah ia dijual pada harga USD299 (~RM1,217). Ia lebih mahal daripada Apple Watch SE yang boleh didapati di A.S pada harga USD279. Kalau anda nak talinya sahaja, ia boleh dibeli pada harga USD49 (~RM199).

Uniknya, produk ini mendapat pengesahan Apple untuk gunakan cap “Made for Watch”. Pada Wristcam, ada sepasang kamera yang satu penghadap kedepan dan satu penghadap kearah anda bila anda angkatnya dalam gaya ingin melihat waktu.



Pengeluarnya ada nyatakan yang ia gunakan sensor Sony tapi tidak daripada jenis yang mana. Kamera menghadap depan memiliki sensor 8MP manakala kamera satu lagi ada sensor 2MP. Kedua-dua mereka boleh merakam video pada resolusi sehingga 1080p pada kadar 30 fps.

Wristcam mendukung bekalan tenaganya yang tersendiri. Menurut pengeluarnya ia boleh beroperasi selama 30 minit untuk mengisi storan dalaman seluas 8GB. Storannya tidak boleh diperluas untuk isi lebih banyak media.

Komunikasi antara Wristcam dengan Apple Watch berlaku menggunakan medium Bluetooth dan Wi-Fi. Hal-hal mengawal unit menggunakan Bluetooth manakala perpindahan media dan muat naik media ke storan awam berlaku menggunakan Wi-Fi.

Kalau pengguna nak bawanya berenang, ia miliki tahap kekalisan debu/air sama seperti Apple Watch 4 dan keatas iaitu IP67.

Pengguna yang berminat untuk dapatkan Wristcam boleh belinya dalam saiz 38/40mm ataupun 42/44mm pada harga yang sama.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple watch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tali Apple Watch ini ada dua kamera. Tapi, praktikalkah?

Tali Apple Watch ini ada dua kamera. Tapi, praktikalkah?

7 December 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN