• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Anda perlu lihat fenomena hujan meteor Geminid yang dirakam guna Huawei Mate 30 ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:36 am
  • 15/12/2020
  • Komen
Rekaan Kuadkamera Mate 30 Pro Tentunya Antara Yang Terunik 2019
Share on FacebookShare on Twitter

14 Disember 2020 yang lalu adalah tarikh apabila frekuensi anda boleh cerap fenomena hujan meteor Geminid pada tahap tertinggi sekali. Sekiranya cuaca mengizinkan anda boleh cerap sehingga ratusan tahi bintang mewarnai langit.

Anda perlukan kamera professional untuk hasil seperti ini (sumber)

Selain melihat dengan mata kasar, ada juga orang yang cuba untuk rakamnya menggunakan kamera untuk diabadikan ataupun ditunjukkan pada orang yang sukar untuk bersengkang mata sepanjang malam.



Huawei Mate 30 ada mode malam yang berkuasa

Biasanya kita dengar jurufoto bergenre astrofotografi ini gunakan kelengkapan canggih dan professional. Tapi, ada pengguna ini cuma halakan Huawei Mate 30 ke langit dan ini adalah hasilnya.

Video tersebut dirakamkan pada pagi 14 Disember 2020 dan sehari sebelumnya, pengguna tersebut beroleh hasil yang lebih baik kerana langit agak bersih.



Selain hujan meteor Geminid, penggun ayang sama pernah merakamkan hujan meteor Leonids dalam bulan November 2020 lalu. Kalau anda berminat untuk saksikan hujan meteor, anda mungkin boleh cerap hujan Quadrantids pada 4 Januari 2021 antara 3 hingga 6 pagi.

Mate 30 adalah telefon pertama Huawei yang hadir dengan HMS sepenuhnya dan ia adalah yang pertama boleh rakam video gerak perlahan pada kadar 7,680fps. Namun, keupayaan malamnya juga tak kurang hebatnya.

Ia kini boleh didapatkan pada harga RM2,499 dan berikut adalah spesifikasi kamera Huawei Mate 30 Pro:

  • Kamera 40MP F1.8
  • Kamera 8MP F2.4 telefoto 3x zum optikal
  • Kamera 16MP F2.2 ultralebar
  • Kamera 24MP F2.0 selfie
  • Kamera 3D ToF
Huawei P30 Pro, Mate 30 dan Mate 30 Pro, kini lebih murah dengan harga baru
Tags: Huaweihuawei mate 30
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Rekaan Kuadkamera Mate 30 Pro Tentunya Antara Yang Terunik 2019

Anda perlu lihat fenomena hujan meteor Geminid yang dirakam guna Huawei Mate 30 ini

15 December 2020
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER