• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terima sehingga 100GB data Yes percuma setiap kali membeli-belah di Shopee

  • OLEH Najib
  • 4:29 pm
  • 21/12/2020
  • Komen
Terima sehingga 100GB data Yes percuma setiap kali membeli-belah di Shopee
Share on FacebookShare on Twitter

Kaki beli-belah dalam talian kini berpeluang menerima data percuma setiap bulan menerusi kempen terbaru Yes Databack di Shopee. Ia merupakan kesinambungan kepada program Yes Kasi Up yang baru dilancarkan minggu lepas.

Yes Databack menawarkan data percuma sebanyak 5GB untuk setiap RM50 yang dibelanjakan di Shopee. Tiada had atau kedai tertentu, pembelian boleh dibuat dari mana-mana kedai yang terdapat di Shopee. Malah, pengguna boleh menerima sehingga 100GB data percuma sebulan apabila membeli-belah di Shopee.



Data percuma ini akan diberikan pada bulan seterusnya. Jika membeli dalam bulan Disember, data percuma akan diberikan untuk bulan Januari. Manakala kiraannya dalam setiap gandaan RM50. Jika membeli RM120 di Shopee, maka data percuma adalah 10GB. Jika membeli RM1,000, data percuma adalah sebanyak 20GB.

Bagaimanapun, anda haruslah memiliki kad SIM Yes sebelum dapat menerima data percuma ini. Tidak kiralah pelan prabayar atau pascasbayar. Tetapi jika ada tidak memiliki kad SIM Yes, anda boleh mendapatkannya pada harga hanya RM1.



Kad SIM Yes RM1 di Shopee

Yes kini menawarkan untuk masa terhad, pek permulaan prabayar Yes dengan harga hanya RM1 di Shopee. Malah, penghantaran juga percuma ke seluruh negara. Pek permulaan ini hadir dengan 10GB data untuk kegunaan semua dan sah selama 30 hari.

Jika anda sudah memiliki pelan aktif Yes dan telah membeli-belah di Shopee, anda akan menerima kod untuk menebus baucar 5GB data Yes menerusi notifikasi Shopee. Seterusnya, buka applikasi MyYes dan tekan pada butang ‘Have a voucher – Redeem Here?‘. Kemudian, masukkan username Shopee anda dan kod baucar tersebut dan tekan ‘verify‘.

Selepas baucar tersebut disahkan, tekan ‘Redeem‘ untuk menebusnya. Ucapan ‘Congratulations‘ akan terpapar menandakan anda telah berjaya menebus data percuma.

Pelan Yes Kasi Up

Minggu lepas, Yes melancarkan pelan prabayar dan pascabayar baru, Yes Kasi Up. Ia menawarkan data yang lebih banyak dari biasa, pada harga lebih rendah. Antaranya ialah Yes Kasi Up Prabayar 15, memberikan 10GB data pada harga RM15/bulan.

Yes Kasi Up Pascabayar 49 pula, menyediakan 100GB data dan panggilan tanpa had ke seluruh talian, pada harga RM49/bulan. Selain itu, Yes turut menawarkan pelan Yes Kasi Up Pascabayar 49 percuma selama 6-bulan, jika pengguna mengikat kontrak selama 24-bulan. Bermakna, mula membayar bil pada bulan ke-7.

Pengguna juga boleh mendapatkan telefon percuma jika melanggan pelan Yes Kasi Up Pascabayar 30 dengan kontrak 24-bulan. Pelan ini datang bersama data 20GB dan telefon bernilai RM399 percuma, dengan komitmen RM30/bulan.

Kasi Up Unlimited Duit

Lebih menarik lagi, Yes melancarkan program menjana pendapatan Yes Kasi Up Unlimited Duit. Pelanggan mana-mana pelan Yes Kasi Up, boleh merujuk rakan atau ahli keluarga untuk mendaftar pelan baru Yes Kasi Up, dan menerima sehingga RM50 untuk setiap rujukan.

Semak lebih lanjut tentang tawaran ganjaran wang tunai ini di sini.

Bacaan Berkaitan

Pelan Yes Kasi Up beri lebih GB setiap RM dan telefon percuma, sambil jana pendapatan
YTL beri telefon pintar dan data setahun percuma untuk bantu keluarga B40
Pulau Pinang miliki capaian jalur lebar wayarles Terragraph yang terbesar di dunia
Tags: ShopeeYESyes 4g
Najib

Najib

POPULAR

Terima sehingga 100GB data Yes percuma setiap kali membeli-belah di Shopee

Terima sehingga 100GB data Yes percuma setiap kali membeli-belah di Shopee

21 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER