Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

TNB tidak potong bekalan elektrik untuk bil tertunggak sehingga Mac 2021

Berikutan ekonomi yang mencabar impak daripada penularan pandemik Covid-19, kerajaan memutuskan untuk memberi kelonggaran dengan tidak melakukan pemotongan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai bil tertunggak.

Ia tertakluk kepada pengguna di semenanjung dan Sabah yang mengalami tunggakan bil kurang dari 6 bulan dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021 sahaja. Ini merupakan satu kerjasama TNB dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Meskipun begitu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam satu temu bual media berkata, pengguna boleh membayar bil yang tertunggak secara ansuran sehingga 30 Jun 2021.

Pengguna yang tidak termasuk kategori ini boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik.

Tarif elektrik baharu akan diumumkan

Dalam temubual itu juga, Datuk Dr Shamsul Anuar berkata pihaknya akan membuat pengumuman mengenai tarif elektrik yang baharu pada minggu ini iaitu sebelum perayaan Hari Krismas.

Adakah mungkin tarif elektrik yang baharu akan meningkat, berikutan pelbagai bantuan disediakan kepada rakyat sebelum ini?

Diskaun bil elektrik PRIHATIN

Pada awal tahun ini, kerajaan dengan kerjasama syarikat utiliti TNB telah memberikan diskaun potongan bil elektrik kepada pengguna domestik diseluruh negara.

Ia merupakan pakej rangsangan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020.

Pada mulanya, pakej ini membantu pengguna mengurangkan bil elektrik selama 3 bulan sahaja iaitu pada April, Mei dan Jun 2020. Ia bertujuan membantu meringankan beban kenaikan bil yang dihadapi rakyat.

Namun, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkannya sehingga 31 Disember. Oleh itu, pengguna boleh menikmati diskaun bil elektrik di antara 2% hingga 50% dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

BACA  Facebook, Instagram, & Twitter diharamkan di Myanmar, ini sebabnya

Meskipun begitu, kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pakej rangsangan ini sama ada ianya akan disambung tahun hadapan atau ditamatkan. Jika ia ditamatkan, maka pengguna perlu membayar bil elektrik pada kadar asal yang sudah ditetapkan.

[Sumber: BH]