• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 12 sertai carta telefon 5G paling banyak terjual dalam masa 2 minggu sahaja

  • OLEH Najib
  • 12:59 pm
  • 24/12/2020
  • Komen
4 Game Sangat Menarik Dimainkan di iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Hanya dua minggu selepas dilancarkan, telefon terbaru dari Apple telah dinobatkan sebagai telefon 5G paling banyak dijual di dunia pada bulan Oktober tahun ini. Terdapat empat model iPhone 12 dilancarkan Apple dan dua darinya, menduduki takhta teratas.

Laporan ini dibentangkan oleh kajian dari Counterpoint, dalam laporan jualan bulanan telefon pintar mereka. Laporan ini selari dengan jangkaan awal oleh Strategy Analytics, yang menamakan keluarga Samsung Galaxy S20 sebagai telefon 5G paling banyak dijual di dunia, sehingga bulan Oktober 2020. Strategy Analytics menjangka, iPhone 12 akan mengambil alih kedudukan Galaxy S20 dengan mudah selepas dilancarkan.



iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, sama-sama memegang sejumlah 24% jualan telefon 5G pada bulan Oktober, jauh mengatasi Galaxy Note 20 dan Note 20 Ultra dengan 6%, serta Huawei P40 dan P40 Pro dengan 6%. Bermakna, 1 dari 4 telefon 5G yang dijual adalah dari keluarga iPhone 12.

Dengan jualan selama 2 minggu pada bulan Oktober ini juga, iPhone 12 telah berjaya menduduki tangga ke-7 telefon 5G paling banyak dijual di dunia pada tahun 2020.



Jualan iPhone 12 vs iPhone 11 dalam 6 minggu pertama

Menurut Counterpoint, kenaikan mendadak jualan iPhone 12 didorong oleh banyak faktor, antaranya permintaan 5G yang semakin meningkat terutama sebagai peranti 5G pertama dari Apple. Promosi yang luarbiasa oleh syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat khususnya, seperti kontrak berharga USD0, tukar beli dan tawaran pelan tanpa had, menambah lagi jualan iPhone 12.

Selain itu, iPhone 12 juga memiliki pasaran yang jauh lebih meluas berbanding jenama lain yang tertumpu di sesuatu kawasan sahaja. Permintaan iPhone 12 juga tinggi di China dan Jepun, mendorong peningkatan jualannya di seluruh dunia. Counterpoint menjangkakan jualan iPhone 12 akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini, sempena jualan perayaan dan akhir tahun.

Pegangan pasaran global sehingga suku ketiga 2020

Penjualan iPhone 12 di seluruh dunia juga boleh menjadi pemangkin buat syarikat telekomunikasi untuk memasang infrastruktur 5G, terutama teknologi mmWave di tempat mereka. Rangkaian mmWave membolehkan internet berkelajuan lebih pantas dengan kependaman lebih rendah dicapai, membuka ruang untuk lebih banyak penggunaan baru di peranti mudahalih, seperti AR/VR.

Tetapi 5G di Malaysia masih jauh dari capaian pengguna, memandangkan kerajaan merancang untuk mula mengaktifkan rangkaian 5G sekitar hujung tahun 2022. Kerajaan Malaysia menerusi JENDELA, mahu memastikan semua syarikat telekomunikasi untuk memperkukuhkan liputan rangkaian 4G sebelum mula memasang 5G.

[Sumber: Macrumors, Counterpoint]

Bacaan Berkaitan

Siri Galaxy S20 terajui pasaran 5G awal tahun 2020, dijangka diambil alih iPhone 12 pada hujung tahun
5G di Malaysia akan mula digunakan seawal penghujung 2022
Semua model iPhone 12 akan dijual di Malaysia bermula dari 13 November
Tags: appleApple iPhone 12Counterpoint
Najib

Najib

POPULAR

4 Game Sangat Menarik Dimainkan di iPhone

iPhone 12 sertai carta telefon 5G paling banyak terjual dalam masa 2 minggu sahaja

24 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER