Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengguna elektrik terima rebat, bil akan mengalami penurunan

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar kini mengumumkan kadar tarif elektrik yang baru. Berita baiknya, bleiau mengumumkan tiada kenaikan kadar elektrik untuk tahun hadapan.

Rebat elektrik

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, kerajaan bersetuju untuk mengekalkan kadar tarif elektrik asas Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada kadar 39.45 sen per kilowatt jam (kWj). Kadar tariff ini adalah untuk semua pengguna TNB sama ada domestik atau bukan domestik.

Selain itu, semua pengguna TNB juga akan menikmati rebat sebanyak 2 sen/kWj bagi tempoh yang sama. Ini bermaksud, setiap kiraan per kilowatt jam milik sesebuah permis akan menerima potongan 2 sen. Ini secara tidak langsung akan menjimatkan kos penggunaan elektrik.

Dengan pemberian rebat sebanyak 2 sen/kWj ini, seramai 7.5 juta pengguna domestik akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 3.6 peratus hingga 9.2 peratus.

Manakala pengguna komersial akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 4.0 peratus hingga 5.2 peratus. Pengguna industri pula akan menikmati penurunan bil di antara 4.6 hingga 6.1 peratus

Penurunan kos bahan api

Mekanisme ICPT yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga sejak 1 Januari 2014 membolehkan TNB mengatasi perubahan peningkatan atau penurunan kos bahan api. Kos tersebut akan temasuk dalam bil pengguna melalui tarif elektrik setiap enam bulan bagi tujuan pelarasan dalam bentuk rebat atau surcaj. 

Dalam satu temu bual, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan bersetuju untuk melepaskan penjimatan kos bahan api yang merupakan komponen ICPT kepada semua pengguna TNB.

Ini berikutan penurunan harga bahan api, arang, batu dan gas pada separuh tahun kedua 2020. Pelarasan kadar tarif dikira berdasarkan kos untuk menjana elektrik.

BACA  Google Lens kini boleh menterjemah gambar tanpa sambungan internet

Sejak ICPT diperkenalkan, pemberian rebat kali ini merupakan pemberian rebat kali kelapan dinikmati oleh pengguna TNB. Rebat yang disediakan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pengguna. Sebarang perubahan kos bahan bakar akan ditangani melalui mekanisme ICPT.

Sebelum ini, kerajaan ada memutuskan untuk tidak melakukan pemotongan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai bil tertunggak kurang enam bulan. Ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk membantu masyarakat meneruskan kelangsungan hidup.

[Sumber: SH]