• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor V40 akan dilancar bersama skrin 120Hz pada 12 Januari

  • OLEH Najib
  • 4:43 pm
  • 25/12/2020
  • Komen
Honor V40 akan dilancar bersama skrin 120Hz pada 12 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah menjual jenama Honor kepada sebuah konsortium di China, bagi memastikan ia boleh meneruskan perniagaan tanpa diganggu sekatan kerajaan Amerika Syarikat. Sementara perubahan ini selesai, Honor dijangka akan melancarkan peranti flagship mereka tidak lama lagi, iaitu Honor V40.

Honor masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelancaran Honor V40, tetapi terdapat berita terbocor menyatakan bahawa ia akan dilancarkan pada 12 Januari 2021. Majlis ini akan diikuti dengan acara bersama peminat Honor pada 13 Januari 2021. Acara peminat selepas pelancaran peranti ini telah menjadi tradisi Honor sejak sekian lama.



Acara peminat Honor pada 13 Januari 2021

Pembocor berita yang sama turut berkongsi satu poster yang menunjukkan keupayaan yang bakal ada di Honor V40. Poster itu menunjukkan latar permainan ‘Temple Escape 2’, yang turut memaparkan teks ‘120fps beta test (Honor V40). Bermakna, Honor V40 akan dilengkapi skrin dengan kadar penyegaran 120Hz.

Dalam laporan lain pula, gambaran depan dan belakang Honor V40 telah turut tersebar. Ia menunjukkan skrin hadapan yang melengkung di kedua belah sisi, dan lubang di atas skrin berbentuk bujur, menandakan terdapat dua kamera hadapan.



Di bahagian belakang pula, ia memiliki modul kamera bulat dengan 4 kamera di dalamnya, mirip modul kamera di Huawei Mate 40. Dikhabarkan, kamera utama di Honor V40 memiliki sensor 50MP.

Memandangkan Honor tidak lagi bersama Huawei, Honor V40 dijangka akan dikuasakan cip keluaran Mediatek terbaru, Dimensity 1000+ yang dibina berasaskan proses 7nm serta modem 5G terbina di dalam.

Selain itu, Honor V40 juga telah dikesan menerima pensijilan tenaga dari 3C, disenaraikan dengan sokongan pengecasan 66W (11V/6A). Bagaimanapun ini mungkin untuk versi Pro, jika Honor menuruti cara semua pengeluar masakini melancarkan lebih dari satu model flagship mereka.

Tahun 2020 ini, Honor Malaysia tidak melancarkan sebarang telefon flagship Honor iaitu Honor 30 dan Honor V30, dipercayai akibat ketiadaan Google di dalamnya. Adakah ini akan menjadi telefon Honor yang pertama kembali dengan Google di dalamnya?

[Sumber: GSMarena, weibo 1, weibo 2]

Tags: honorHonor V40
Najib

Najib

POPULAR

Honor V40 akan dilancar bersama skrin 120Hz pada 12 Januari

Honor V40 akan dilancar bersama skrin 120Hz pada 12 Januari

25 December 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN