• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Adobe

Kemaskini Windows 10 dan pelayar Edge akan membuang Flash buat selamanya

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 05/01/2021
  • Komen
Tinggal setahun lagi hayat Windows 7 sebelum ia dilupakan Microsoft
Share on FacebookShare on Twitter

Flash merupakan sebuah platform yang popular sekitar awal 2000-an, di mana ia membolehkan animasi interaktif dipaparkan di laman web. Bagaimanapun, terdapat banyak pepijat dan kerentanan padanya, selain penggunaan sumber pemproses yang tinggi, membuatkan pemiliknya Adobe, menamatkan perkhidmatan Flash buat selama-lamanya pada 31 Disember 2020 yang lepas.

Beberapa pelayar turut mengambil langkah yang sama. Google Chrome dan Apple Safari telah menamatkan penggunaan Flash. Mozilla Firefox pula akan menghentikan perkhidmatan Flash pada kemaskini Firefox 85 yang akan tiba sekitar Januari 2021.



Di pihak Microsoft pula, mereka akan mengeluarkan kemaskini untuk Windows 10 bagi membuang Flash sepenuhnya dari sistem operasi tersebut. Kemaskini ini dijangka sedia dipasang sekitar bulan Januari ke Februari 2021. Tetapi ia hanya membuang Flash yang dipasang oleh sistem operasi tersebut sahaja.

Jika pengguna memasang sendiri Flash secara manual, ia tidak akan dibuang oleh kemaskini Windows 10. Sebaliknya, pengguna perlu membuang sendiri Flash juga secara manual. Anda boleh merujuk ke laman web Adobe tentang cara-cara membuang Flash secara manual di Windows.



Kalau anda terpaksa juga menggunakan Flash dan mahu memasangnya semula ke dalam Windows, ia tidak boleh dilakukan dengan memasang manual kerana Adobe tidak lagi menyediakan pemasangan aplikasi tersebut. Anda perlu me’reset’ semula Windows kepada ‘System Restore Point‘ lebih awal yang masih memiliki Flash di dalamnya. Pastikan anda membuat satu ‘restore point‘ sebelum membuang Flash dari Windows 10, jika mahu menggunakan Flash di masa hadapan.

Pada hujung bulan ini, Microsoft akan turut membuang Flash dari pelayar Edge. Pengguna yang mahu menggunakan di pelayar, boleh mendapatkannya di pelayar Edge Legacy atau Internet Explorer 11.

[Sumber: Gizmodo, Windows Latest]

Tags: AdobeAdobe FlashMicrosoftmicrosoft windows 10
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan hanya untuk pendaftaran, sehingga 31 Mac 2023

20 Jun 2022
Tinggal setahun lagi hayat Windows 7 sebelum ia dilupakan Microsoft

Kemaskini Windows 10 dan pelayar Edge akan membuang Flash buat selamanya

5 Januari 2021
Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

Poco F4 dan Poco X4 GT akan dilancar minggu hadapan, spesifikasi penuh terdedah

17 Jun 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER