• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cubaan scam melalui emel, individu menyamar sebagai Pos Malaysia minta wang duti kastam

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:03 pm
  • 06/01/2021
  • Komen
Cubaan scam melalui emel, individu menyamar sebagai Pos Malaysia minta wang duti kastam
Share on FacebookShare on Twitter

Pos Malaysia baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan di akaun Twitter rasminya mengenai cubaan scam (penipuan) melalui emel melibatkan penyamaran sebagai pihak Pos Malaysia.

Penipuan tersebut dilihat cuba memperdaya mangsa melalui emel yang menggunakan logo Pos Malaysia. Tertera di emel tersebut satu kenyataan mengenai pakej yang tidak boleh dihatar kepada penerima emel kerana tiada duti kastam dibayar. Selain itu, penerima juga disuruh mengikut arahan yang disediakan.



Kami telah mengesan satu #penipuan melalui emel yang menggunakan logo #PosMalaysia untuk mengelirukan orang ramai.

Emel tersebut mengandungi pautan ke laman web yang palsu. Para pelanggan dinasihatkan agar tidak klik pada pautan tersebut atau mendedahkan maklumat kad kredit. pic.twitter.com/oheEek7Trz

— Pos Malaysia Berhad (@posmalaysia) January 5, 2021

Emel yang diterima mengandungi pautan ke laman web palsu untuk meneruskan transaksi pembayaran. Dalam paparan pembayaran itu pula tertulis di bayar kepada Pos Malaysia Berhad. Perkara ini boleh menyebabkan mangsa terperdaya dan tertipu dengan emel yang diterima ini.

Sehingga kini, Tweet tersebut sudah mencapai jumlah lebih daripada 300 Retweet. Pos laju menasihatkan sesiapa sahaja yang menerima emel sedemikian perlu padam emel tersebut. Selain itu, pengguna juga dinasihatkan untuk tidak klik pada pautan yang disertakan dan jangan mendedahkan maklumat kad kredit.



Taktik scam

Terdapat pelbagai taktik scam yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan wang dengan cara mudah. Memperdaya mangsa menggunakan emel dan juga logo rasmi sesebuah syarikat, mungkin merupakan satu cara baharu yang masih belum diketahui ramai.

Berikut merupakan antara taktik lain yang sering digunakan oleh scammer untuk mendapatkan wang.

  1. Helah panggilan telefon
    • Scammer membuat panggilan telefon secara rambang mendakwa mewakili institusi kewangan. Suspek akan mengatakan mangsa mempunyai masalah kad kredit dan akan memperdaya sehingga memperolehi wang.
  1. Love scam
    • Suspek akan memperdaya mangsa menggunakan kata-kata romantis melalui perkenalan di sosial media.
    • Tanpa pernah berjumpa, suspek akan menagih simpati meminta pertolongan kewangan daripada mangsa. Setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus menghilangkan diri.
  1. Penipuan guna bungkusan
    • Melalui media sosial, suspek akan memperdaya mangsa unutuk menjadi rakan. Dia akan menawarkan bungkusan (parcel) sebagai tanda persahabatan.
    • Mangsa yang bersetuju akan menerima panggilan mengatakan bungkusan tersebut dari luar negara dan perlu melakukan pembayar cukai untuk mendapatkannya.
    • Setelah mengeluarkan wang bayaran, akhirnya barang tidak diterima dan mangsa kemudian sedar telah ditipu.
  1. Penipuan SMS cabutan bertuah
    • Mangsa menerima SMS menyatakan dia telah memenangi peraduan cabutan bertuah dari luar negara. Seterusnya mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.
    • Bagi mendapat wang cabutan bertuah itu, mangsa dikehendaki memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai cagaran.
    • Suspek memberi jaminan bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa, lalu suspek terus menghilangkan diri.

[Sumber: Pos Malaysia]

Portal myEG, JPJ, SPR diguna untuk korek maklumat individu sasaran Macau Scam
Scammer tiru suara anak mintak duit dari bapa, mangsa rugi RM13,000
Diminta nombor TAC, anda mungkin sasaran Scammer
Tags: pos malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cubaan scam melalui emel, individu menyamar sebagai Pos Malaysia minta wang duti kastam

Cubaan scam melalui emel, individu menyamar sebagai Pos Malaysia minta wang duti kastam

6 January 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN