• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telco ini tawarkan prabayar Internet 20GB pada RM15 untuk yang layak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:35 pm
  • 06/01/2021
  • Komen
Lebih 1,700 laman baru Zoom dikesan, taktik terbaru penjenayah siber perdaya orang ramai

A student takes class online while using the Zoom app at her home as Egypt shut down schools as the spread of the coronavirus disease (COVID-19) continues, in Cairo, Egypt April 5, 2020. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh

Share on FacebookShare on Twitter

Pada penghujung thaun 2020, kami ada laporkan yang 5 telco bakal menawarkan pelan Internet prabayar khas untuk pelajar SPM dan STPM. 5 telco yang terlibat akan tawarkan pas 20GB pada harga RM15.

Promo ini akan berjalan sehingga 31 April 2021.



Pelan internet RM20 15GB ditawarkan bagi pelajar SPM dan STPM

Setakat artikel ini ditulis, 3 lagi telco yang sepatutnya tawarkan promo yang sami masih belum memasukkan maklumat tentangnya dalam laman web rasmi masing-masing. 3 telco tersebut ialah Digi, Hotlink, dan Unifi Mobile.

Tawaran Celcom

Menurut T&C, tawaran ini terbuka kepada pelajar SPM dan STPM yang lahir antara tahun 2001 dan 2004 serta miliki akaun yang aktif sepanjang kempen. Buat pemegang akaun yang layak, mereka ini akan terima SMS daripada Celcom memberitahu tentang tawaran ini.



Cara untuk langgannya adalah melalui APP Celcom Life, di bawah bahagian Deals. Anda boleh pasang APP Celcom Life dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.

Kalau anda pengguna baru, anda boleh dapatkan pek permulaan Xpax di mana-mana pengedar sah dan tawaran ini akan tiba kepada anda dalam masa 4 hari, sekiranya anda layak.

Pas promosi ini sah digunakan selama 30 hari tapi kalau tak cukup, anda sentiasa boleh perbaharuinya dengan membeli pas baharu. Perlu diingatkan yang promosi ini tiada fungsi data rollover dan sebarang data tidak digunakan tidak akan dibawa kedepan.

Tawaran Digi

Digi, seperti biasa, tidak memasukkan maklumat lanjut tentangnya dalam laman rasmi. Anda perlu koreknya dalam forum.

Pengguna yang lahir dalam tahun 2001 hingga 2004, mereka boleh dapatkan Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 melalui:

  1. APP MyDigi
  2. Kod UMB *128#
Pembelian melalui APP MyDigi
Pembelian melalui kod UMB

Sistem akan lakukan semakan dengan nombor kad pengenalan pelanggan untuk mengesahkan sama ada mereka layak untuk membelinya.

Digi memberitahu yang pas ini boleh dibeli semua pengguna prabayar kecuali mereka yang melanggan pelan ABADI, Digi Monthly Plan 28, ataupun Digi Monthly Plan 50.

Tawaran U Mobile

U Mobile seperti tak hadkan tawaran mereka kepada pelajar SPM dan STPM, mereka katakan ia boleh dilanggan oleh semua pelanggan prepaid yang lahir antara tahun 2001 hingga 2004.

Cara untuk langgannya adalah melalui APP MyUMobile (Android, Huawei, iOS). Pelanggan juga boleh dapatkannya melalui kod UMB 118*3*12#. SIla beri perhatian yang promo ini tidak meliputi pelanggan servis jalur lebar.

Tiada sebarang had dikenakan keatas kuota promo ini. Anda bebas gunakannya untuk hotpot, streaming, dan sebagainya.

Menurut FAQ, pas ini akan diperbaharui secara automatik, bergantungkepada baki akaun. Sehari sebelum pas tamat tempoh, U Mobile akan hantar SMS untuk maklumkan tentang tarikh pembaharuan pas.

Tags: celcomdigihotlinkmalaysiapromospmstpmu mobileUnifi mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Lebih 1,700 laman baru Zoom dikesan, taktik terbaru penjenayah siber perdaya orang ramai

Telco ini tawarkan prabayar Internet 20GB pada RM15 untuk yang layak

6 Januari 2021
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER