Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Perutusan khas Perdana Menteri pukul 6 petang dijangka umum sekatan lebih ketat

Selepas diberi petunjuk oleh Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Ismail Sabri minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu semula rakyat Malaysia untuk satu perutusan khas, berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia berikutan kes COVID-19 yang masih kekal tinggi 4-angka sebulan lepas.

Ramai menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan semula PKP yang ketat, tetapi lebih bersasar terutama di zon merah seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, dan Johor.

Semalam, 10 Januari 2021, Malaysia mencatatkan 2,433 kes baharu dengan 9 kematian. Ini menjadikan jumlah kematian kepada 551 kes, pada kadar 0.4% dari jumlah jangkitan iaitu 135,992 kes. Kes baru tertinggi dicatatkan pada 7 Januari 2021 sebanyak 3,027 kes, dengan 8 kematian pada hari yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham ada berkongsi minggu lepas tentang kadar jangkitan R0 di Malaysia, kini sekitar 1.1 ke 1.2. Jika ia berterusan, kes baru harian boleh mencecah sehingga 8,000 pada minggu ketiga Mac 2021.

Tahun lepas, Malaysia mengenakan sekatan ketat PKP dari 18 Mac sehingga 3 Mei yang menyaksikan semua sektor perniagaan ditutup. Orang ramai tidak dibenarkan keluar dari rumah melainkan urusan kecemasan. Pembelian barangan rumah pula hanya dibenarkan seorang dari setiap rumah.

Kelonggaran mula diberikan di PKP Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei, dan seterusnya lebih banyak sektor perniagaan dibuka menerusi PKP Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun. Kadar jangkitan CVID-19 menunjukkan trend penurunan sewaktu PKPB dan PKPP.

Namun ia berubah semula selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas, di mana kadar jangkitan meningkat dan menular semula di seluruh Malaysia. Ia menjadi lebih parah melebihi 3 angka, apabila mula menjangkiti kediaman pekerja di tapak pembinaan dan kilang pembuatan.

BACA  Xiaomi pula disenarai hitam Amerika Syarikat, ini maklumbalas mereka

[Sumber: MKN]

Bacaan Berkaitan