• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: PM umum PKP 2.0 dari 13-26 Januari. Ini senarai larangan dan kebenaran selama 2 minggu

  • OLEH Najib
  • 7:13 pm
  • 11/01/2021
  • Komen
PKP: PM umum PKP 2.0 dari 13-26 Januari. Ini senarai larangan dan kebenaran selama 2 minggu
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua di Malaysia selama 2 minggu, dari 13 Januari sehingga 26 Januari 2021. Bagaimanapun PKP kali ini bersasar, hanya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.

Manakala untuk tempoh yang sama, PKP Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di 6 buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Dua lagi negeri iaitu Perlis dan Sarawak dikenakan arahan PKP Pemulihan (PKPP) seperti sedia ada.



Aktiviti sosial dan berkumpulan

Semua aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKPP, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.



Untuk masjid dan rumah ibadat, hanya ahli jawatankuasa dibenarkan hadir dengan jumlah maksimum 5 orang di kawasan PKP. Bagi kawasan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

Pergerakan Rentas Daerah dan Negeri

Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan untuk kawasan PKP. Manakala pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara. Sehubungan itu, sekatan jalan raya akan dilaksanakan semula sepanjang tempoh ini.

Negeri yang melaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad dalam radius 10km dari kediaman sahaja. Hanya 2 orang dari rumah yang sama dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dari kedai berhampiran. Individu yang melanggar arahan boleh didenda maksimum RM1,000.

Pekerjaan

Di sektor pekerjaan pula, hanya 30% pekerja dari kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Penjarakan fizikal perlu dilaksanakan sepanjang masa dan tindakan tegas seperti menutup premis akan diambil jika perlu.

Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menjelaskan sektor perkhidmatan yang penting dan perlu untuk dibenarkan beroperasi sepanjang PKP. Bagi sektor perkhidmatan yang tidak disenaraikan, arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) wajib dilaksanakan.

Kedai makan, pasar raya dan perkhidmatan asas

Kedai makan dan penjaja hanya dibenarkan menjual makanan bawa pulang (take-away) sahaja di kawasan PKP. Tetapi kawasan PKPP dan PKPB dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan sebelum ini. Untuk perkhidmatan penghantaran makanan, dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Bagi pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi, serta perbankan, dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjamin bahawa bekalan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi. Pemantauan terhadap barangan keperluan pengguna seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, ayam, sayur-sayuran, telur, bawang, pembasmi kuman dan pelitup muka akan dilakukan setiap hari.

Kebenaran berjoging dan berbasikal

Bagi memastikan kesihatan fizikal dan minda, kerajaan membenarkan untuk keluar rumah beriadah. Hanya dua orang dibenarkan bersama dengan menjaga penjarakan fizikal 2 meter dari orang lain. Jangan berjoging atau berbasikal berkumpulan.

Tempoh dua minggu ini penting untuk memastikan negara kita mampu memutuskan rantaian penularan COVID-19 yang meningkat naik di dalam negara. Ia bukan sahaja demi memastikan kelangsungan hidup, tetapi negara tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pesakit terlalu tinggi, akibat kekurangan tenaga kerja dan peralatan perubatan.

Tags: COVID-19muhyiddin yassinpkp
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

Kenapa China “buang” sampah angkasa ke negara lain?

31 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22

Tidak mustahil lagi menangkap gambar malam di bandar dengan Samsung Galaxy S22 Nightography

29 Jun 2022
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 Ogos 2022
Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

Barang Lazada & Shopee yang dihantar dari luar negara bakal dicukai 10% bermula 2023

5 Ogos 2022
China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 Ogos 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER