• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp bidas dakwaan data pengguna dikongsi dengan Facebook dan pihak lain

  • OLEH Najib
  • 7:04 pm
  • 12/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Awal bulan ini, ramai pengguna WhatsApp menerima notis pop-up dari WhatsApp, yang menyatakan terdapat kemaskini di dalam terma dan polisi privasi aplikasi permesejan tersebut. Kemaskini ini akan berkuatkuasa pada 8 Februari 2021 dan pengguna perlu bersetuju dengan terma dan polisi privasi ini jika mahu terus menggunakan WhatsApp. Jika tidak setuju, pengguna boleh memadamkan akaun WhatsApp mereka.

Perkara ini membuatkan ramai pengguna terpinga-pinga kerana memang jarang membaca terma dan syarat yang panjangnya berjela-jela. Tetapi ringkasan kunci kemaskini yang disenaraikan WhatsApp di dalam notis pop-up tersebut, membuatkan orang ramai berasa was-was untuk bersetuju dengan kenyataan kemaskini baru WhatsApp.



Bagi menjelaskan keadaan, WhatsApp tampil menyatakan bahawa mesej peribadi pengguna adalah selamat dan terjamin. WhatsApp menyenaraikan 7 perkara berkaitan keselamatan dan perlindungan mesej pengguna iaitu:

  1. WhatsApp dan Facebook tidak boleh melihat mesej peribadi atau mendengar panggilan pengguna

Semua mesej peribadi pengguna dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encyrption). Jadi hanya penghantar dan penerima sahaja boleh membaca mesej dan mendengar panggilan.



  1. WhatsApp tidak menyimpan log mesej atau panggilan

Disebabkan ia adalah maklumat peribadi dan risiko keselamatan, WhatsApp tidak menyimpan data ini.

  1. WhatsApp dan Facebook tidak boleh melihat lokasi yang dikongsi

Sama seperti mesej, lokasi yang dikongsi hanya boleh diketahui penghantar dan penerima kerana dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung.

  1. WhatsApp tidak berkongsi maklumat kenalan penguna dengan Facebook

Hanya selepas diberi kebenaran, barulah WhatsApp boleh melihat semua nombor kenalan dari buku alamat. WhatsApp tidak berkongsi data ini dengan Facebook.

  1. WhatsApp Group akan kekal peribadi

Sama seperti mesej peribadi, WhatsApp Group juga dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung. WhastApp juga tidak berkongsi data ini dengan Facebook untuk tujuan iklan.

  1. Mesej WhatsApp boleh ditetapkan terpadam sendiri

Untuk privasi tambahan, pengguna boleh menetapkan mesej untuk terpadam sendiri selepas dihantar, menggunakan fungsi Disappearing Messages.

  1. Pengguna boleh memuat turun data

Pengguna boleh mengetahui apakah jenis data yang disimpan oleh WhatsApp dengan memuat turun laporan akaun. Ia boleh didapati di dalam aplikasi menerusi Settings > Account > Request Account Info. Kemudian pilih Request Report. Laporan akan disediakan dalam masa 3 hari.


Dari kenyataan ini, ia kelihatan sama seperti apa yang telah sedia ada di WhatsApp sebelum ini. Jadi apakah pembaharuan terma dan polisi privasi WhatsApp, yang memaksa pengguna menerimanya, paling lewat pada 8 Februari 2021?

Apabila dibandingkan dengan Telegram dan Signal, dua aplikasi permesejan ini menyediakan fungsi yang serupa atau lebih dari WhatsApp, tetapi mengumpul sedikit data pengguna. Di Signal, ia tidak mengumpul langsung sebarang data pengguna.

Perbandingan data dikumpul WhatsApp, Telegram dan Signal

Kami sedang berhubung dengan WhatsApp untuk mendapatkan penerangan lebih jelas tentang perubahan ini dan mengapa pengguna wajib menerima terma baru mereka.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan

Akaun Whatsapp anda perlu dipadam selepas 8 Februari jika tidak setuju dengan syarat baru
Ciri baharu WhatsApp memudahkan beli-belah di dalam ruangan chat
Wallpaper WhatsApp boleh dipelbagaikan disetiap ruang sembang
Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp bidas dakwaan data pengguna dikongsi dengan Facebook dan pihak lain

12 January 2021
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN