Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

MBI dan DBKL sedia terima aduan jalan berlubang melalui WhatsApp

Sebagai langkah memudahkan rakyat membuat aduan mengenai jalan berlubang (pothole), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masing-masing mencipta satu platform aduan pothole menggunakan aplikasi WhatsApp.

Talian WhatsApp pothole MBI

Pihak MBI baru melancarkan alternatif tersebut pada hari ini. Ia diperkenalkan kepada masyarakat khususnya yang menetap di Ipoh. Alternatif ini dapat memudahkan warga Ipoh membuat aduan agar lokasi kerosakan dapat dikenal pasti untuk tindakan segera.

Datuk Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh berkata, platform tambahan ini merupakan salah satu saluran yang bersifat mesra pelanggan. Ia membolehkan aduan yang diterima diproses dengan cepat dan lebih sistematik. Selain itu, maklum balas kepada pengadu juga akan dapat diberikan dengan segera.

Datuk Rumaizi Baharin. Sumber: Utusan

Platform khas aduan Pothole MBI tersebut boleh digunakan mulai hari ini melalui aplikasi WhatsApp di talian 0174122113 atau secara imbasan kod QR yang dibangunkan oleh pihak MBI.

Selain itu, MBI akan menilai keberkesanan aplikasi berkenaan dalam tempoh dua minggu dan akan membuat penambahbaikan selepas mendapat respon dari warga Ipoh.

Talian WhatsApp pothole DBKL

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga ada memperkenalkan talian aduan melalui aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘Aduan Potholes DBKL’. Ia dicipta bagi memudahkan orang ramai membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota.

Sejak dilancarkan pada 7 Januari yang lalu, DBKL telah menerima sebanyak 271 aduan melalui platform itu bermula pada 8 Januari. Bagi jalan berlubang yang saiznya kurang daripada satu meter persegi, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima.

Untuk melakukan aduan, anda boleh WhatsApp ke talian 01162396652 pada bila-bila masa sahaja. Selain aplikasi tersebut, DBKL juga mempunyai pelbagai saluran dalam talian bagi orang awam memanjangkan aduan berkaitan jalan berlubang, antaranya melalui laman sesawang ISPAAA, Hotline DBKL dan Aplikasi i-Tegur (KPKT).

BACA  Pelanggan Telco: U Mobile, Digi tersungkur; Celcom menang besar sewaktu PKP

[Sumber: Utusan, Metro]