Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Guna wajah sahaja, KLIA tidak akan perlu lagi tiket dan pas penerbangan fizikal

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menyediakan teknologi pengecaman wajah khusus buat penumpang tidak lama lagi. Ia digunakan untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik satu token tunggal kepada penumpang.

Kelebihan teknologi pengecaman wajah

Kebiasaannya, penumpang perlu menunjukkan pas masuk di setiap pintu laluan. Namun, dengan sistem ini, penumpang boleh melalui seluruh perjalanan lapangan terbang tanpa perlu menunjukkan pas masuk di semua pintu, tetapi perlu melakukan pengecaman wajah.

Dengan sistem ini juga, penumpang perlu mendaftarkan pengecaman wajah mereka di aplikasi MYairports sebelum tiba di lapangan terbang. Oleh itu, penumpang mungkin akan bebas daripada menunjukkan sebarang dokumen fizikal penerbangan kepada kakitangan KLIA, daripada ruang daftar masuk sehingga ke pintu pelepasan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, proses pengecaman dijangka memakan masa kira-kira lima saat sahaja untuk setiap penumpang di setiap pintu.

Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh. Sumber

Manfaat sistem pengecaman wajah

Teknologi ini dapat membantu pihak KLIA dan penumpang dari pelbagai aspek antaranya ialah:

  1. Mengurangkan masa pemprosesan maklumat penumpang di lapangan terbang
  2. Membolehkan penumpang melalui pengalaman tanpa sentuhan
  3. Meningkatkan keselamatan di lapangan terbang dalam parameter norma perjalanan baharu
  4. Mengurangkan kejadian penggunaan identiti palsu.

Fasa 1 pelaksanaan teknologi itu dijangka selesai di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA pada separuh pertama 2021. Teknologi pengecaman wajah itu akan ditempatkan di 50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 e-Gate di pusat pemeriksaan keselamatan dan pintu pelepasan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ada sistem hampir sama

Pada tahun 2018, AirAsia sudah melancarkan sistem pengecaman wajah dikenali sebagai  F.A.C.E.S (Fast Airport Clearance Experience System) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

BACA  Xiaomi saman kerajaan Amerika Syarikat kerana disenarai hitam

Sistem tersebut diletakkan di pintu perlepasan lapangan terbang dan ia sekaligus menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai lapangan terbang pertama di Asia yang dilengkapi sistem itu.

Dengan FACES, penumpang tidak perlu mempamerkan dokumen fizikal di pintu perlepasan, hanya perlu imbas muka dan terus naik ke pesawat. Namun, ia hanya disediakan di pintu perlepasan sahaja.

Teknologi pengecaman wajah yang akan direalisasikan di KLIA nanti akan ditempatkan di lebih banyak lokasi. Penumpang sudah tentu akan rasa lebih cepat dan mudah melakukan pemeriksaan dokumen diri sebelum memulakan penerbangan.

[Sumber: Malaysia Airports]